02Jun

Twitter Memperkenalkan Add-On Rasmi Untuk Firefox

Perisian, Web 2.0

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan fungsi muat-naik gambar rasmi, dan juga fungsi carian yang diperkemaskini, pihak Twitter juga turut sama memperkenalkan sebuah add-on khas untuk para pengguna Firefox, membawakan pelbagai sokongan baru pada pelayar web sumber terbuka popular itu.

Melalui add-on tersebut, ianya membawakan beberapa penambahan pada bar alamat di Firefox, dimana dengan mengaktifkan add-on Twitter rasmi itu, para pengguna boleh melakukan carian #hashtag dan juga melihat akaun rakan-rakan dengan terus memasukkan @namapengguna mereka terus padanya, tanpa perlu ke halaman Twitter seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, carian Twitter juga ditambah bersama-sama beberapa nama lain, termasuk Google dan juga Bing.

Bagi para pengguna Firefox sedia ada, anda boleh memuat-turun add-on khas untuk para pengguna Windows, Mac OS X, Linux dan Android, manakala bagi para pengguna yang tidak menggunakan Firefox, mereka boleh memuat-turun versi Firefox bersama Twitter khas dan menggunakannya hari ini.


Pelbagai Fungsi Baru Melalui BlackBerry OS 6.0
Aplikasi Twidroyd Dan UberTwitter Digantung Daripada Akses Twitter
Web Impian Memperkenalkan Laman LiveUpdat.es
Skype 5.3 Untuk Mac OS X Membawakan Sokongan Panggilan Video HD
Firefox 7 Beta Dilancarkan - Memfokuskan Kepada Pengurusan Memori

1 Komen

  1. Fazreen pada 02 Jun 2011

    This is awesome!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader