25Jun

Aplikasi FoodSpotting Hadir Ke Platform Windows Phone

Microsoft, Web 2.0

Setelah aplikasi FoodSpotting diperkenalkan untuk para pengguna Android pada awal bulan Mac yang lalu, kini ianya diperluaskan lagi, dimana hari ini mereka akan memperkenalkan aplikasi untuk pengemar makanan itu pada platform milik Microsoft, iaitu Windows Phone.

Ianya diperkatakan yang mana FoodSpotting pada Windows Phone akan membawakan kesemua fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi iOS dan juga Android. Dan bukan itu sahaja, memandangkan daripada antaramuka aplikasi yang diperlihatkan, ianya kelihatan lebih menarik berbanding aplikasi Android dan juga iOS.

Selain daripada aplikasi Windows Phone yang bakal diperkenalkan hari ini, FoodSpotting juga diperkatakan yang mana sedang dalam pembangunan aplikasi serupa untuk platform Blackberry. Namun, tarikh pelancarannya untuk pengguna BlackBerry masih tidak diketahui buat masa ini.


WeFollow - Direktori Twitter Daripada Pengasas Digg
Google Menderma $2 Juta Pada WikiMedia
WP.com Menyertakan Tema Berbayar
Antaramuka Aplikasi Undies.my Pada iOS Diperlihatkan
dRBook Kini Dijenamakan Semula Sebagai dRBuku - Pendaftaran Kini Lebih Mudah

1 Komen

  1. funzool pada 25 Jun 2011

    kat malaysia dah ade ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader