27Jun

Foozy.my – Rangkaian Sosial Untuk Komuniti Bola Sepak Bakal Dilancarkan

Web 2.0

Minat akan bola sepak? Mungkin berita baik untuk anda, dimana tidak lama lagi, sebuah rangkaian sosial akan dilancarkan untuk pengguna tempatan, yang mana memfokuskan kepada komuniti bola sepak di Malaysia. Buat masa ini, informasi berkaitan laman ini masih kurang, dan tidak diketahui sepenuhnya.

Laman rangkaian sosial yang dikenali sebagai Foozy.my ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan Ogos ini kelak. Secara ringkasnya, salah satu matlamat utamanya adalah untuk menghubungkan semua peminat bola sepak tanahair, selain menjadi salah satu platform utama membincangkan pelbagai perkara berkaitan bola sepak.

Laman utamanya hanya memaparkan mesej akan datang sahaja buat masa ini. Para pengguna yang berminat, boleh mengikuti perkembangan laman sosial terbaru ini melalui Twitter rasmi @foozymy ataupun mengikuti halaman rasmi Facebook mereka. Sama-sama kita nantikan berita lanjut berkaitan dengannya.


Enjin Carian Cuil Hampiri Kegagalan
[Ura-Ura] Apple Bakal Miliki Twitter
Aplikasi Mau.my Dilancarkan Pada Facebook
Pengguna Facebook Malaysia Makin Berkurangan?
TweetDeck Kini Milik Twitter

3 Komen

  1. zool pada 27 Jun 2011

    terbaik ni. bakal pencabar sokkernet ni

  2. syahrilhafiz pada 27 Jun 2011

    faster gila amanz.haha, baru nampak LIKE tadi
    btw ada giveaway iPad 2 kottt

  3. Amal pada 28 Jun 2011

    waa facebook untuk football fans :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader