30Jun

Friendster Baru Dilancarkan Untuk Semua Pengguna

Web 2.0

Setelah memperlihatkan versi beta tertutup sebelum ini, hari ini, Friendster secara rasminya telah pun mengantikan keseluruhan web mereka dengan Friendster baru, memfokuskan sepenuhnya para permainan sosial atas-talian, serta membawakan sokongan Facebook Connect.

Pada masa yang sama, Friendster turut menyediakan API untuk para pembangun, untuk membangunkan aplikasi dan permainan untuk laman tersebut. Kami, sebelum ini telah pun memperlihatkan pelbagai perkara baru pada Friendster generasi baru ini, dan menurut pihak MOL, mereka akan melakukan pengiklanan secara meluas pada laman Facebook itu sendiri.

Menariknya adalah dimana apabila MySpace diperkatakan akan dijual sebelum hari Khamis ini, dan Friendster yang beralih-arah, Google pula membuat perkara bertentangan, dengan melancarkan rangkaian sosial mereka sendiri dinamakan Google+. Tahun ini, semestinya merupakan salah satu tahun yang menarik dalam rangkaian dunia sosial. Sama-sama kita lihat perkembangannya.


12 Designs Project Di Lancarkan
Twitter Mengesahkan Pengambil-alihan TweetDeck
Chalkboard Dan HTC Malaysia Mengumumkan Kerjasama
Apa Kata Anda Mengenai Google+?
WordPress 3.4 Beta 1 Sedia Untuk Diuji Oleh Semua

3 Komen

  1. Pisyek pada 30 Jun 2011

    ok, nak pergi register kejap, nanti boleh buat review. haha.

  2. andysaedah pada 30 Jun 2011

    Fuyoh. Sesuatu yg menarik dlm dunia social networking. Great.

  3. RIS-FAMILI pada 06 Jul 2011

    Patutla blog aku bawah friendster dah tak boleh akses.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader