14Jun

Friendster Beta Bakal Diperkenalkan Kepada Segelintir Pengguna Minggu Hadapan

Web 2.0

Seperti yang dinantikan, kini Friendster nampaknya telah pun bersedia untuk memperkenalkan versi baru mereka, dan Friendster baru versi beta dijangka akan dilancarkan kepada mereka yang terpilih pada minggu hadapan. Seperti yang semua sedia maklum, Friendster baru kelak akan lebih menumpukan kepada permainan atas talian yang lebih sosial.

Friendster sebelum ini telah meminta para penggunanya untuk membuat salinan data mereka pada Friendster lama, oleh kerana kebanyakkannya akan dipadam dan digantikan dengan sebuah platform dan sistem yang serba baru.

Friendster baru ini juga turut sama dijangka akan membawakan sokongan kebolehan untuk log masuk menggunakan Facebook Connect, dan beberapa API dijangka akan diperkenalkan membolehkan para pembangun membangunkan aplikasi dan permainan untuk mereka.

Pada masa yang sama, Friendster juga telah menjenamakan laman mereka, dan kini menggunakan logo yang serba baru dan lebih kemas.

Tips daripada Harinder / @lightyoruichi


JomSocial : Aplikasi Joomla Terbaik 2009 di CMSA
Harian Metro Versi iPad Kini Aktif Sepenuhnya
Infografik : Twitter Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pengguna
Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 - Pencalonan Kini Dibuka
Aplikasi IT Price Check Membolehkan Anda Mengikuti Harga Barangan Komputer Melalui iPhone

4 Komen

  1. Paan Jr pada 14 Jun 2011

    ade lagi ek fs ni? hahah

  2. phoenixstudio pada 14 Jun 2011

    friendster pn dh nk pki fb connect..
    dasyat!

  3. AWAN FANTASIA pada 14 Jun 2011

    Orang dah lupa dah kat FS nie..mai la secanggih manapun..

  4. MuJE pada 14 Jun 2011

    Walaupun FS dah lame tapi banyak sangat berjasa dulu… jangan lupa tu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader