Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman perkhidmatan perkongsian gambar mereka, Twitter juga kini memperlihatkan yang mana mereka kelak akan memberikan nafas baru untuk fungsi carian pada halaman Twitter.com, dimana kini mereka turut sama akan menyertakan fungsi carian media, iaitu gambar dan juga video terus pada Twitter.com.

Menariknya adalah dimana berbeza dengan carian biasa, carian pada Twitter diperlihatkan dalam cara yang interaktif, dimana para pengguna boleh memperlihatkan carian mengikut hashtag dan sebagainya. Selain daripada hanya gambar, para pengguna juga boleh melakukan carian video yang mana dikongsikan oleh para pengguna Twitter melalui pautan pada Tweet mereka.

Pada masa yang sama, setiap carian Tweet biasa juga kelak akan memperlihatkan gambar dan video pada bahagian tepi kanannya, dan tidak menganggu carian tweet berdasarkan hashtag dan sebagainya. Ianya dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd