04Jun

Fungsi Carian Twitter Baru Mula Diperkenalkan Untuk Semua

Web 2.0

Setelah diumumkan sebelum ini, kini Twitter telah pun mula memperkenalkan sokongan carian baru kepada para penggunanya, dimana kini ramai yang melaporkan sudah dapat akses kepada carian Twitter yang diberikan nafas baru ini.

Melaluinya, kini setiap kali para pengguna melakukan carian pada Twitter, ianya akan memperlihatkan video-video dan juga imej-imej yang berkaitan pada bahagian tepi, serta apabila para pengguna klik padanya, ianya memperlihatkan dalam bentuk slaid, memudahkan para pengguna Twitter bernavigasi antara satu dan yang lain.

Mungkin dalam minggu akan datang, kita akan dapat melihat fungsi memuat-naik imej kepada Twitter melalui web akan diperkenalkan kepada semua. Sama-sama kita nantikannya.


Cuil Memperkenalkan Fungsi Timeline View
Friendster Meminta Penggunanya Membuat Salinan Data Sebelum Data Dipadam
Akaun Jenama Pada Twitter Kini Boleh Menerima DM Walaupun Tidak Mengikuti Seseorang Pengguna
Hilangkan Kebosanan Dengan Bermain Bersama Orang Lidi Dalam Bentuk Animasi Yang Menarik
SaversHub Membantu Mencari Harga Barangan, WiFi Percuma Dan Banyak Lagi

3 Komen

  1. Roslan Nazri pada 04 Jun 2011

    boooo sejak bile minat MU tah..haha

  2. Twit N View pada 04 Jun 2011

    senang ler nk mencari lepas ni…bagus ler twitter…xsia2 aku ketagih twitter…haha

  3. matjoe pada 06 Jun 2011

    dalam byk orang, mat sabu jugak yg dicari


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader