28Jun

Fungsi HTML5 Dan Multi-Tasking Pada Mango Diperlihatkan

Google, Microsoft

Sedikit demi sedikit informasi mengenai Windows Phone Mango kelihatan, dan seperti sedia maklum, melalui Mango, Microsoft menjanjikan yang mana mereka akan membawakan integrasi HTML5 yang lebih mendalam lagi, dan kini perkara ini diperlihatkan melalui sebuah video ringkas.

Melalui video ringkas yang diperlihatkan ini, ianya menunjukkan sokongan HTML5, termasuk sokongan memainkan audio terus melalui pelayar web, dan audio tersebut terus dimainkan walaupun anda beralih ke tab ataupun ke aplikasi lain. Ianya juga turut sama memperlihatkan kebolehan multi-tasking pada Windows Phone Mango pada tahap yang lebih tinggi lagi.

Selain ini, Microsoft turut membawakan lebih daripada 500 perubahan dan penambahan fungsi baru pada Mango kelak, yang mana bakal dilancarkan kepada semua pada tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.


Aplikasikan Warna Kegemaran Pada GMail Anda
Win 7 Build 7057 Memperkenalkan Skrin Log Masuk Baru
Lebih 1.5 Juta Perantian Windows Phone Telah Terjual
Ballmer : Windows 8 Pada Tahun Hadapan
Microsoft Memperkenalkan Windows 8 Consumer Preview

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader