15Jun

Garmin Mengambil-Alih Pembangun Aplikasi Dan Peranti GPS – Navigon

Google

Setelah sekian lama kedengaran pelbagai ura-ura berkaitan Garmin dan Navigon, kini secara rasminya, pengeluar peranti GPS yang popular, Garmin telah pun mengumumkan pembelian pembangun peranti dan juga aplikasi GPS yang dibangunkan di Jerman, iaitu Navigon.

Harga pembeliannya tidak diumumkan, namun ianya diperkatakan yang mana ianya adalah sekitar $72 juta. Pada masa yang sama, Navigon akan teruskan operasi mereka di Jerman dan akan menjadi anak syarikat mereka disana.

Selain daripada membangunkan peranti GPS mereka tersendiri, Navigon juga turut sama membangunkan aplikasi khas untuk telefon pintar iPhone dan juga Android, sekaligus ini akan memberikan impak yang lebih meluas kepada Garmin. Mungkin kita akan dapat mendengar sesuatu yang menarik daripada Garmin dalam masa beberapa bulan lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan Garmin dan dunia GPS mereka.


Google Memperkenalkan Fungsi Video Chat Pada GMail
Google Badware? Apa Yang Terjadi?
YouTube Memperkenalkan Fungsi RealTime
Google+ Hangout Kini Mengintegrasikan Sokongan Google Docs
Google Melancarkan Google Drive Secara Rasminya

4 Komen

  1. Eichikatsu pada 15 Jun 2011

    Mantap! :)

  2. zulfahmi pada 15 Jun 2011

    utk windows phone xde ke? :(

  3. suarakomputer pada 18 Jun 2011

    zulfahmi…utk windows phone ada rujuk kat web garmin….

    http://www.garmin.com/garmin/cms/site/us

  4. abrablog pada 19 Jun 2011

    Garmin ni memang raja gps woo..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader