01Jun

Google Bakal Membolehkan Semua Web Memasang Butang +1

Google

Seperti diperkatakan oleh Google ketika acara Google I/O tempoh hari, butang +1 daripada Google dijangka akan diperkenalkan lewat hari ini ataupun pada pagi esok, membolehkan para pembangun web mengintegrasikannya pada halaman web masing-masing sama seperti berfungsinya butang Twitter dan Facebook Like.

Pada masa yang sama, Google juga dijangka akan menyediakan sebuah halaman khas memperlihatkan analitik dan statistik bagi butang +1 yang dipasang, serta memperlihatkan impak carian Google keatas sesuatu halaman itu. Perkara ini juga dijangka akan menjadikan carian pada Google lebih sosial berbanding pada masa kini, dan ianya bukanlah mustahil untuk Google menggunakan data-data +1 untuk menambah-baik lagi hasil carian mereka.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Google tidak lama lagi.


Google Menguji Topik Hangat Pada Google News
Blogger Menguji Sokongan Tema Mobile
Google Ingin Menjadikan Semua Web Lebih Pantas Melalui Pelayan Mereka
Google Mengumumkan Untuk Mematikan Lebih Banyak Produk Mereka
Pandang Pertama Sony Xperia S

4 Komen

  1. Orang Akaun pada 01 Jun 2011

    buzz dah tak jadi nak buat ni pulak dah

  2. Twit N View pada 01 Jun 2011

    tambah 1 tambah 1 ler lepas nie kita…

  3. nizamghazi pada 01 Jun 2011

    wahh TQ (:


Trackbacks/Pingbacks

  1. Dapatkan Butang +1 Sekarang | Fikri[dot]my

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader