08Jun

Google Melancarkan Pelayar Web Chrome 12

Google

Hari ini, pihak Google secara rasminya telah pun memperkenalkan pelayar web versi terkini mereka, iaitu Google Chrome 12 kepada saluran stabil, dan sedia digunakan oleh semua pengguna. Bagi pengguna sedia ada, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, manakala pengguna baru boleh memuat-turunnya daripada laman Google Chrome.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Chrome 12 tidak lagi menyertakan sokongan Google Gears. Dengan penggunaan HTML5 dan sebagainya, ianya dilihat bukan lagi suatu keperluan penting pada masa kini. Selain itu, Chrome 12 membawakan sokongan 3D CSS menggunakan perkakasan (hardware accelerated), sokongan sekuriti yang dipertingkatkan – mengelakkan pengguna memuat-turun fail berbahaya, dan juga sokongan pembacaan skrin yang dipertingkatkan.

Sebelum ini, pembangunan Chromium telah pun mencapai angka 14, dan kini Chrome 13 telah pun memasuki saluran pembangun. Dalam masa beberapa minggu lagi, Chrome 13 Beta akan diperkenalkan, dan sementara itu, para pengguna boleh menggunakan Chrome 12 versi stabil terlebih dahulu.


Pelan Internet Explorer 9 Bakal Dipersembahkan Microsoft
Google Memperkenalkan Kemaskini Untuk Android Market
Antaramuka Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Mula Kelihatan
Google Melancarkan Halaman Android Design Khas Untuk Pembangun
Google+ Berkembang Secara Positif - Melihat Peningkatan Sebanyak 27% Pada Bulan Mac

15 Komen

  1. epulpecoi pada 08 Jun 2011

    cepat betul google chrome ni

  2. Hafiz pada 08 Jun 2011

    Arap2 stabil la, jgn jd brat cm firefox hehe

    • Enchik Nine pada 08 Jun 2011

      Rasanya x ad beratnye Firefox tu… Ok je…

  3. mdfaizal pada 08 Jun 2011

    ada option tuk “Open” file tak ms klik utk download?

    • mdfaizal pada 08 Jun 2011

      da tgk, xde option utk “Open” file yg nak didownload.
      so aku tak akan jdkan Chrome 12 sbg default browser

      • hehe pada 08 Jun 2011

        tak penting.

  4. Pisyek pada 08 Jun 2011

    ok, dah update chrome. :D

  5. MuJE pada 09 Jun 2011

    Chrome sentiasa FTW!

  6. SY@F pada 18 Jun 2011

    baca info

  7. PutraRocker pada 06 Aug 2011

    firefox mkn byk memori der skrg..langsi

  8. PutraRocker pada 06 Aug 2011

    chrome terbayek punyer

  9. ainun pada 03 Sep 2011

    saya menggunakan firefox..huhu

  10. leena pada 27 Feb 2012

    best r

  11. infoklasik pada 07 Mar 2012

    satu pembaharuan daripada google, satu kebaikan buat pengguna internet sekalian.


Trackbacks/Pingbacks

  1. 5 blog paling kerap dilawati oleh 101 blogger | Denaihati

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader