15Jun

Google Memperkenalkan Fungsi Instant Pages

Google

Google hari ini turut sama mengumumkan salah satu fungsi baru yang dipanggil Instant Pages, yang mana melaluinya, ianya membolehkan para pengguna mengakses halaman yang dituju melalui carian Google dengan lebih pantas dan cepat.

Melalui Instant Pages ini, Google memperlihatkan yang mana para pengguna boleh menjimatkan sehingga 5 saat dalam membuka sesuatu web itu. Fungsi ini dibangunkan oleh Google dengan menggunakan suatu algoritma yang mana membolehkan Google meneka keputusan carian yang mungkin penggunannya akan pilih, serta cache akan kandungan tersebut, sekaligus membolehkan mereka mengaksesnya dengan pantas sebaik sahaja ianya diklik.

Instant Search ini bakal diperkenalkan melalui Chrome Beta yang bakal diperkenalkan pada minggu ini. Namun begitu, bagi yang ingin mengaksesnya dengan lebih pantas, boleh mengujinya pada Chrome Dev versi baru hari ini.


Google Chrome Keluar Dari Beta
Android 2.2 Froyo Lebih 4.5 Kali Ganda Pantas
Neezz.com Membawakan Fungsi Iklaneka Pada Rangkaian Sosial
Menangi Tiket UrbanScapes 2011 Dengan Mudah
Google Kini Meminta Tarikh Lahir Ketika Pendaftaran Akaun

4 Komen

  1. Ezany-Kun pada 15 Jun 2011

    aik.. sume website boleh masuk laju ker guna instant pages ni.. blur sekejap..

  2. Syafiq Zainal pada 15 Jun 2011

    Gila pantas! :)

  3. Irwan pada 15 Jun 2011

    @ezany: Hanya first result utk carian dekat google.com. Chrome akan preload first result tu, walaupun belum click link.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader