Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk menjadikan internet dan web suatu tempat yang selamat, kini Google melangkah setapak kehadapan dengan menghantar emel notifikasi kepada para pemilik web berasaskan WordPress yang mana tidak mengemaskini pemasangan WordPress, dan meminta mereka mengemaskini kepada versi yang terkini.


Mesej daripada Google Webmaster Tools [via]

Walaubagaimanapun, ianya hanya dihantar kepada para pemilik laman yang berdaftar dengan Google Webmaster Tools sahaja. Ini dilihat sebagai salah satu langkah yang baik dan menarik daripada Google, memandangkan WordPress merupakan antara platform blog yang popular didunia, sekaligus versi-versi lamanya yang terdedah pada pelbagai perkara dan masalah sekuriti.

Versi terakhir WordPress yang dilepaskan merupakan WordPress 3.1.3 dan WordPress 3.2 kini dalam fasa terakhir pembangunan dan mungkin akan dilepaskan pada bila-bila masa sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd