15Jun

Google Membolehkan Pengguna Membuat Carian Menggunakan Imej

Google

Selain daripada carian melalui suara, salah satu fungsi baru yang dinantikan sekian lama oleh para pengguna yang diperkenalkan oleh Google hari ini adalah carian menggunakan imej. Kini, para pengguna boleh memasukkan imej pada kotak carian dengan fungsi drag & drop, dan melakukan carian dengannya.

Fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat, dimana para pengguna boleh menggunakan imej dalam carian mereka, selain daripada teks dan juga suara. Untuk memudahkan carian melalui imej, plugin Chrome dan juga Firefox turut sama boleh digunakan.

Perkara ini juga sekaligus akan memudahkan para pengguna untuk membuat carian sesuatu imej yang lebih kurang, ataupun mendapatkan maklumat berkaitan imej-imej sedia ada bersama-sama dengan mereka dengan mudah.

Menurut Google, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para penggunannya, dan terlebih dahulu kepada para pengguna Chrome.


Live.com Kini Merupakan Laman Sosial
Extensions Beta Di Perkenalkan Untuk Chrome
Rangkaian HSBB Daripada TM Pada Bulan Ini
Antaramuka Khas Win 7 Pada Tablet Dari UI Centric
Google Kini Membolehkan Hasil Carian Diterjemah Ke Bahasa Malaysia Dengan Mudah Dan Pantas

3 Komen

  1. mdfaizal pada 15 Jun 2011

    aku da test, mmg cool… kalay korang nak cari blog yg guna gambar yg korang create pub boleh. hehe

  2. MuJE pada 16 Jun 2011

    wah baguslah.. skang ni dok pakai tinyeye jer


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader