02Jun

Google Memperkenalkan Butang +1 Untuk Web

Google

Selain daripada butang Facebook Like dan Tweet daripada Twitter, kini Google seperti dinantikan telah pun melancarkan butang +1 mereka tersendiri, membolehkan para pembangun web dan juga blog menyertakan butang tersebut pada halaman web masing-masing dan berkongsi bersama rakan-rakan yang lain dengan mudah.

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan butang +1 pada carian Google, membolehkan para pengguna +1-akan carian-carian pada Google, dan memberikan impak yang lebih tinggi kepada carian sosial. Dan kini, dengan pengenalannya secara rasmi, ianya membolehkan sesiapa sahaja menyertakannya pada halaman web masing-masing.

Bersama-sama dengan pelancarannya, ianya turut sama diintegrasikan pada laman Blogger, YouTube dan juga Android Market. Bagi para pengguna dan pembangun yang berminat, mereka boleh mendapatkan kod daripada Google, dan memasangnya pada laman masing-masing dengan mudah.


Jual Beli Video Melalui YouTube
Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok
Google Toolbar 7 Kini Lebih Kemas Dan Pantas
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 20 Oktober
Google Terus Menambah Baik GMail - Memperkenalkan Beberapa Perubahan Antaramuka

4 Komen

  1. daus pada 02 Jun 2011

    nice.. harap2 ranking dkt google lagi bagus lepas letak benda ni

  2. lawak pada 02 Jun 2011

    website porn akan ku thump up

  3. Hisyam pada 02 Jun 2011

    Kesian la kat website yang takde orang nak thumb up ni. lagi2 blog aku.

  4. Fazreen pada 02 Jun 2011

    Bila amanz.my nak pasang button +1?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader