Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google kini menjadi syarikat pertama yang menerima lebih daripada 1 billion kunjungan unik dalam tempoh sebulan, sekaligus memperlihatkan pencapaian baru oleh mereka. Angka ini dikeluarkan oleh comScore, dan merupakan angka kunjungan anggaran untuk laman Google pada bulan Mei, dan meletakkan Google jauh dihadapan berbanding pesaingnya yang lain.
Mengikut rapat dibelakang Google adalah Microsoft dengan jumlah kunjungan laman dibawah rangkaian mereka melebihi angka 905 juta kunjungan unik, dan Facebook dengan angka kunjungan unik melebihi 714 juta pada bulan Mei yang lepas.
Namun begitu, jikalau mengikut peratusan peningkatan, ianya dipegang oleh Facebook, dan sekiranya ianya terus meningkat sebegini, tidak mustahil ianya mencapai posisi sebagai laman terkemuka dunia dengan bilangan kunjungan unik tertinggi.
Yahoo! yang semakin tenggelam namanya akhir-akhir ini menduduki tangga ke empat dengan jumlah kunjungan unik melebihi 689 juta pengunjung. Mungkin kedudukan ini akan berubah dalam masa beberapa bulan lagi, dengan Facebook yang semakin berkembang dari hari ke hari, serta Google dengan pelbagai perancangan sosial mereka.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ramai yang guna google untuk mencari info
erm saya suka google walaupun kadang2 mengong juga ..
kuiasa google sbg enjin carian terulung mmg payah nak digugat stkt skg. mungkin satu hari nnt akan ada enjin carian revolusi br. tp for the time being, google is invicible. huhu
google the best..yahoo kena tinggal 4-5 tiang beb