Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah membolehkan para pengguna mengubah rekabentuk dan antaramuka tema blog dengan lebih mudah dan mengikut citarasa mereka sendiri, kini Google menambah lagi fungsi baru pada Blogger, dimana kini penggunanya boleh mengubah favicon untuk blog mereka dengan mudah dan pantas.
![]()
Buat masa ini, fungsi ini masih lagi pada peringkat ujian untuk para pengguna Blogger In Draft terlebih dahulu. Sekiranya anda merupakan pengguna Blogger In Draft, anda boleh mengakses ke halaman Design > Page Elements dan klik pada halaman tab baru dinamakan Favicon. Melaluinya, anda boleh memuat-naik fail .ico padanya dengan mudah, dan menetapkannya sebagai favicon utama halaman anda.
![]()
Mungkin ianya akan mengambil beberapa bulan sebelum ianya diperkenalkan kepada semua pengguna Blogger. Namun begitu, anda boleh mengaktifkannya sekarang dengan mengakses Blogger In Draft.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dah lama ltk. blaja sendiri je. sape yg br start berblogging dgn blogger sngnye hidup diorang skg. huhu
Ya, yang manually letak code mmg dah lama, tapi rasanya ada kekurangan iaitu kalau kita letak feed diorang kat sidebar, masih ada lagi logo blogspot tu hehe. Harap2 yg ni lebih baik baik, baru nampak “gah” hehe
haha… memang senang sangat la kalau macam ni.. takyah susah-susah edit kat HTML dah
patut la aku prasan da satu setting khas lam blogger utk edit favicon semlm.. aku ingat tu custom setting tu dr template aku.. haha
Aku baru berkira-kira nak edit cara manual.. tapi google dah tolong mudahkan. hehe
Chrome punya tab pun dah lain sikit.. teks yang panjang akan fade pada hujung tab jika tak muat (sebelum ni terpotong macam tu je, takde fade). Lepas tu bila lalukan cursor pada tab, akan ada efek ‘glow’. Aku baru perasan semalam..
letak manual jer sblum nie….
perghh aku dulu pnyalah susah nk wat..kena guna coding..skrg makin mudah dah..jelez2..
Cam ni kena create favicon yg gempak utk menggempakkan blog aku ni.