27Jun

Google Menguji Rekabentuk Yang Lebih Minimalis

Google

Seperti sedia maklum, Google sentiasa menguji pelbagai perkara baru pada laman carian mereka setiap hari, dan kini ianya kelihatan yang mana Google menguji rekabentuk halaman carian mereka yang serba baru, membawakan pelbagai perubahan padanya.

Namun begitu, apa yang berbeza adalah kali ini Google mengujinya secara meluas, berbeza dengan sebelum ini, hanya beberapa pengguna yang dipilih secara rawak. Apa yang menariknya melalui rekabentuk Google yang baru ini adalah dimana mereka menjadikannya lebih minimalis berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, butang I’m Feeling Lucky turut sama dibuang, dan hanya memperlihatkan logo, kotak carian dan butang untuk melakukan carian sahaja. Ini mungkin kerana dengan adanya fungsi Instant Pages, fungsi I’m Feeling Lucky tidak berapa digunakan ramai. Namun ianya tidak dapat disahkan sepenuhnya.

Sekiranya benar-benar Google ingin memperkenalkan rekabentuk baru ini, mungkin kita akan dapat mendengar sesuatu daripada mereka tidak lama lagi, ataupun jika tidak, mungkin ini hanya sebahagian daripada ujian mereka sahaja.


Google Lancarkan GMail Mobile 2.0
Google Bakal Menggunakan Nama Domain G.co Bermula Hari Ini
Chrome Bakal Menyertakan Sokongan Untuk Alat Kawalan Permainan Video Dan WebRTC Pada Awal 2012
(Video) Evolusi Carian Pada Google Dari Dulu Hingga Sekarang
Google+ Kini Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Popular Dan Terkini

5 Komen

  1. hasbulaqill pada 27 Jun 2011

    nampak lebih clean, simple!

  2. mancai pada 27 Jun 2011

    kemas betul nampak gayanya…

  3. paeh pada 27 Jun 2011

    terbaik

  4. novatech pada 28 Jun 2011

    berguna hanya time internet smooth

  5. izwan pada 28 Jun 2011

    simple but nice


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader