29Jun

Aplikasi Android Google+ Turut Dilancarkan

Google

Bersama-sama dengan pengumuman Google+, Google turut sama melancarkan aplikasi mudah-alih Android untuk halaman sosial mereka itu. Namun begitu, untuk menggunakan aplikasi tersebut – sama seperti versi web – para pengguna perlu mempunyai akses kepada Google+ terlebih dahulu, dan sekiranya tidak, perlu menunggu jemputannya.

Melalui aplikasinya itu, Google membolehkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara dengan rakan-rakan mereka, ataupun kepada Circles tertentu dengan mudah, selain pada masa yang sama mengikuti kemaskini rakan-rakan mereka melalui Stream. Ianya turut didatangkan dengan sokongan muat-naik pantas, serta kebolehan bersembang dengan rakan-rakan dengan mudah melalui Huddle.

Ianya seperti masih belum membawakan sokongan sembang video buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi pada aplikasi tersebut. Sekiranya anda mempunyai akses kepada Google+, anda boleh memuat-turun aplikasi Google+ ini secara percuma melalui Android Market.


Kini, Lebih 10,000 Extensions Untuk Chrome
Android 3.0 Honeycomb Diperlihatkan Google
Pantau Sekatan Jalan Raya Melalui Google Maps
Panggilan Daripada GMail Kini Lebih Murah Dari Sebelumnya
Ulasan : Aplikasi Google Music Beta Pada Android

6 Komen

  1. Roslan Nazri pada 29 Jun 2011

    haha tgk la bleh beat fb ke tak.. tapi ape pun smart.. jgn frenster sudah haha

    • Twit N View pada 29 Jun 2011

      kita tgk dan lihat jer nanti berapa lama boleh tahan..

      • Roslan Nazri pada 29 Jun 2011

        still in beta lagi.. tak de public beta..private beta.. ish3..

  2. Hafiz pada 29 Jun 2011

    Banyak tul produk baru Google

  3. doBot pada 27 Aug 2011

    aku tak dapat download, dia kata link not found. Akan cubakelak.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader