Cari @ Amanz

Google hari ini telah pun melancarkan laman baru mereka, iaitu wdyl.com yang mana membawa maksud What Do You Love. Melalui halaman tersebut, ianya membawakan sebuah fungsi carian ringkas, dimana anda boleh melihat carian anda melalui semua produk-produk Google dengan mudah dan pantas melalui hanya satu halaman.

Melalui carian anda, ianya akan menyertakan hasil daripada Google Translate, YouTube, Picasa, Google Trends dan pelbagai lagi produk-produk Google yang lain dengan mudah, dan anda boleh mengikuti semuanya dengan hanya melayari satu laman sahaja, dan tidak perlu membukanya secara berasingan.

Dan, salah satu perkara yang menarik adalah dimana rekabentuk halaman tersebut, menyerupai rekabentuk dan antaramuka laman carian Google utama yang diuji oleh Google akhir-akhir ini. Adakah ianya akan diguna-pakai secara menyeluruh tidak lama lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd