01Jun

Halaman Facebook OhMediaFM Digodam Lagi

Sekuriti

Nampaknya, setelah kejadian tempoh hari, dimana halaman OhMediaFM diceroboh oleh pengodam tempatan, kini perkara itu berulang kembali, dimana kini ianya digodam oleh salah seorang pengguna daripada Indonesia. Bagaimana ianya digodam masih lagi tidak diketahui.

Buat masa ini, ianya tidak lagi diketahui bagaimanakah ianya digodam. Namun begitu, pengodam tersebut turut sama meninggalkan alamat emel, meminta pentadbir halaman Facebook OhMediaFM itu menghubungi beliau untuk mendapatkannya kembali.

Mungkin selepas ini, pihak OhMedia perlu mengambil berat masalah sekuriti, apatah lagi ini merupakan kali kedua halaman Facebook tersebut digodam, bertambah lagi halaman Facebook Oh!Media utama pernah digodam sekali.


Facebook Lite Lebih Pantas Daripada Biasa
Malaysia Airlines Membolehkan Anda Membuat Tempahan Melalui Facebook
GaySec Melepaskan Pangkalan Data Pengguna GengBlogger.com
Lebih 14 Akaun Laman Sosial Milik Pihak KRU Digodam
Gambar Yang Dipadam Lebih 3 Tahun Pada Facebook, Masih Boleh Diakses

20 Komen

  1. Affuan pada 01 Jun 2011

    Tak abes-abes Indon ni.

  2. emptyspace pada 01 Jun 2011

    asek kene hack je, ke gimik?

  3. myFirdaus pada 01 Jun 2011

    tutup je laa page ni. buat page baru. hahaha

  4. nizamghazi pada 02 Jun 2011

    lol ..mana pegi harimau malaya

  5. Namawi pada 02 Jun 2011

    lol pawned again

  6. hehe pada 02 Jun 2011

    kalau sekali lagi kena godam lepas ni,
    aku akan unlike semua page kepunyaan OhMedia.
    langung unreliable (yes, something you cannot rely on).
    fan nak banyak, security buat endah tak endah je.
    this proves that their mission is to increase quantity not quality!

  7. syahirul pada 02 Jun 2011

    sebab banyak ADMIN dalam fanpage la jadi problemnya.. ADMIN tu silap sebab akaun FB personal mereka tak secure.. sorang tak secure, habis la fanpage tu.. bukan owner punya pasal..

  8. Khai pada 02 Jun 2011

    Salam.

    Bila admin ada banyak (Dj-DJ), tentulah akan ada akaun admin yang tak secure sepenuhnya lagi macam apa yang terjadi dengan Hot FM. Mereka lagi besar dan dikenali dari kami.. <3

    Dan Oh! Media yang digodam sekali, tindakan ketat telah diambil. InsyaAllah selepas ini tiada lagi. Cumanya bila terlalu ramai admin, ianya diluar kawalan saya.

    Terima kasih :D

    p/s: To hehe, ape ko merepek daaa… xde sapa pernah kejar fan. Page berkualiti, fan akan datang sendiri. About security, dah di jawab di atas ni kenapa dan mengapa. Thanks.

    • Omar pada 02 Jun 2011

      Pasni Khai kena suruh semua staff online dekat PC yang disediakan di premis Oh! Media jer la. Bahaya la kalau asyik kena camni. huhu~

    • ceghap pada 04 Jun 2011

      salah sorang atau semua crew/admin facebook ohmedia ada yang guna software cetakrompak ni. dan dia/mereka ada save password kat browser dia. memang silap banyak la. software cetakrompak/crack/patch dia tu ada script. dah tertanam dalam pc dorang. cecheck.

  9. syafiq pada 02 Jun 2011

    ahaha khai menjawab. tapi tu memang masalah utama. admin yang banyak.

    jumlah admin berkadar langsung dengan jumlah hole yang terhidang. sebab tu selalunya fan page yang ada satu je admin memang payah nak hack. kecuali….. memang dia yang ada hole tu.

  10. matjoe pada 02 Jun 2011

    cukup laa aku kene godam time kecik2 dulu sebab nakal…

  11. Scromix pada 02 Jun 2011

    ala sng je. meh ak kasi tips….

    - buat 1 akaun .
    - jadikan dia admin pages
    - deaktifkan akaun dia
    - lepas tu kalo kena hack, aktifkan balik, kick je mamat2 yg hack.

    tips dari Scromix . peace yo. no hack2 :)

    • Eichikatsu pada 03 Jun 2011

      Nice tips yo…! mmg style sbb aku pn ada manage 1 fanpage, jd boleh la manage klu kena hack mcm ni. :)

  12. NoktahHitam pada 03 Jun 2011

    Berdendam gak indon ni. Dang, buat hal masing2 tak leh ke?

  13. Ahmad Ijat pada 03 Jun 2011

    nama pun penggodam, bukannye perlu sebab pun. Kadang2 tu nak test power jer. Baru dapat ilmu godam kan, nak la try.

  14. ceghap pada 04 Jun 2011

    salah sorang atau semua crew/admin facebook ohmedia ada yang guna software cetakrompak ni. dan dia/mereka ada save password kat browser dia. memang silap banyak la. software cetakrompak/crack/patch dia tu ada script. dah tertanam dalam pc dorang. nasib la.


Trackbacks/Pingbacks

  1. [Investigation] Meet the Malaysia Hackers Group called W.A.H.F.M « Hacking « WireSpot Tech Blog

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader