Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada pilihan platform Android dan Windows Phone, tidak lama lagi kita turut sama akan dapat melihat pilihan pelbagai peranti dengan platform dan sistem operasi webOS, apabila kini HP mengesahkan yang mana mereka dalam perbincangan awal untuk melesenkan platform mereka kepada pembangun peranti pihak ketiga.

Ianya turut sama diperkatakan yang mana, salah satu pihak dalam perbincangan tersebut adalah termasuk Samsung sendiri. Sehingga kini, hanya pihak HP sendiri yang membangunkan tablet dan telefon pintar webOS, dan dengan membukanya kepada pihak luar, semestinya ianya akan menerima penerimaan yang lebih tinggi, disamping menambah pegangan pasaran bagi sistem operasi dan platform webOS.

Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana HP masih lagi dalam proses perbincangan dengan pembangun peranti, dan mungkin sekiranya semuanya berjalan lancar, kita akan dapat melihat peranti pihak ketiga dengan webOS seawal tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd