Cari @ Amanz

Walaupun kebanyakkan penjual sudah mula menjual telefon pintar HTC Sensation daripada SiS bermula hari ini, ianya masih lagi belum dilancarkan secara rasminya di Malaysia oleh pihak HTC, dan ianya dijangka yang mana pihak HTC mungkin akan melancarkannya bersama-sama dengan pihak Maxis seawal minggu hadapan.

Namun begitu, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan buat masa ini. HTC Malaysia melalui suatu kemaskini mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan HTC Sensation di Malaysia tidak lama lagi, dan memandangkan Maxis mempunyai perjanjian bersama-sama dengan pihak HTC, mungkin kedua-dua syarikat ini akan melancarkannya bersama-sama dengan pakej khas daripada Maxis.

Buat masa ini, HTC Sensation dijual di pasaran tempatan pada harga RM2299, dan mungkin dengan subsidi daripada pihak Maxis kelak, mungkin kita akan dapat melihat harga pasaran dibawah RM2000. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd