05Jun

Internet Explorer 10 Bakal Membawakan Antaramuka Metro?

Microsoft

Selain daripada Windows 8 dan Office 15, salah satu aplikasi yang turut sama sedang dibangunkan oleh Microsoft, adalah termasuk pelayar web popular mereka, Internet Explorer 10. Buat masa ini, versi pembangunan pertamanya telah pun diperlihatkan, dan ianya dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada tahun hadapan.

Namun begitu, ianya tidak pasti, samaada Windows 8 Beta yang bakal dilepaskan dalam masa beberapa bulan lagi akan menyertakan Internet Explorer 10 ataupun tidak. Sebelum ini, dalam demo ringkas Windows 8 yang diperlihatkan oleh Microsoft, ianya memperlihatkan sebuah antaramuka ringkas berasaskan Metro digunakan padanya.

Buat masa ini, fungsi penuh Internet Explorer 10 masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun, salah satunya adalah sokongan hardware-acceleration yang penuh, membolehkan para pengguna menikmati pelayaran web dengan lebih pantas dan lancar lagi. Pada masa yang sama, Internet Explorer 10 juga tidak akan menyokong Windows Vista dan sebelumnya. Sama-sama kita nantikan perkembangan pelayar web rasmi daripada Microsoft ini.


Microsoft Memperlihatkan Teknologi Pada 2019
Silverlight 3 Bakal Di Lepaskan Pada Bulan Julai 09
IE 9 Beta Di Muat-Turun Lebih 2 Juta Kali
DiGi Menawarkan Opera Mini 6 Secara Percuma
Hotmail Menyambut Ulang-Tahun Ke-15

5 Komen

  1. syafiq pada 05 Jun 2011

    Tak dinafikan antaramuka yang baru memang menarik. Tapi jangan diabaikan masalah sedia ada, web ui

  2. 1Malaysia pada 05 Jun 2011

    ie ni guna untuk download mozilla pas format pc je..

  3. funzool pada 05 Jun 2011

    haha. stuju ngn 1malaysia. utk dwld firefox ngn chrome, pastu tros dormant di dlm pc. tepuk2.

  4. zool pada 05 Jun 2011

    wah cantik tu. siap touchscreen lagi

  5. Amirez pada 05 Jun 2011

    satu lagi kegunaan IE…utk akses ke web2 kerajaan..haih


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader