22Jun

iPhone Dengan Cip A5 Dan Kamera 8-MegaPixel Pada September?

Apple

iPhone 5Lanjutan daripada ura-ura mengatakan iPhone bakal dilancarkan pada bulan Ogos atau September tahun ini, kini Bloomberg turut melaporkan perkara sama, dan turut menambah yang mana iPhone generasi baru kelak akan membawakan cip A5 dan juga kamera 8 megapixel padanya.

Ianya juga turut sama dilaporkan yang mana iPhone baru itu kelak akan membawakan sistem operasi terkini yang diperlihatkan Apple sebelum ini, iaitu iOS 5 padanya.

Selain iPhone, Apple juga diperkatakan sedang menguji iPad dengan resolusi yang lebih tinggi lagi. Resolusi iPad baru ini diperkatakan satu per tiga lebih tinggi berbanding iPad 2, dan akan membawakan skrin sentuh dengan prestasi lebih tinggi lagi.

Pada masa yang sama, Apple turut diura-ura akan sedang membangunkan peranti iPhone yang lebih murah, dalam usaha untuk menarik pengguna daripada negara-negara sedang membangun, yang mana akan menggunakan cip pemprosesan dan juga skrin yang serupa pada iPhone 4.

Sama-sama kita nantikan perkembangan mengenai peranti baru daripada Apple ini.


Camino 2.0 Beta Pertama Di Lancar Oleh Mozilla
Apple Memperkenalkan iPhone 4
Mac OS X 10.6.6 Akan Membawa Sokongan App Store
Mac App Store Akan Diintegrasikan Bersama iTunes?
Infografik : Adakah Anda Mempunyai Sindrom Apple FanBoy?

5 Komen

  1. faeez faster pada 22 Jun 2011

    fuh…aku berminat dengan ayat “sedang membangunkan peranti iPhone yang lebih murah” tu je…HAHA ;DD

  2. ekspresiruang pada 22 Jun 2011

    murah ke tak, yg pasti akan sold out punya nnt. hehe

  3. Amal pada 23 Jun 2011

    akan ku tunggu :D

  4. izwan pada 23 Jun 2011

    laju sgt update..tak sempat nak merasa iphone 4,dah keluar 5 huhu

  5. anyzen pada 24 Jun 2011

    kalau murah mcm ipad 2 RM 1459,, aku nak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader