21Jun

iPhone Generasi Baru Akan Dilancarkan Pada Bulan Ogos?

Apple

iPhone 5Selepas lama tidak kedengaran, kini ura-ura berkaitan iPhone generasi akan datang kedengaran kembali, dimana kini ianya dilaporkan yang mana iPhone generasi baru akan diperkenalkan pada bulan Ogos kelak, diura-ura akan membawakan perubahan dari segi rekabentuk iPhone itu sendiri.

Ianya diperkatakan yang mana Apple bakal mengadakan sebuah acara khas pada awal atau pertengahan bulan Ogos untuk mengumumkan iPhone generasi baru, dan seterusnya akan mula dijual beberapa minggu selepas itu, mungkin pada penghujung Ogos kelak.

Sebelum ini, ianya pernah dilaporkan yang iPhone generasi baru akan membawakan perubahan rekabentuk, dan beberapa ura-ura awal mengatakan yang ianya akan membawakan kamera 8-megapixel, serta membawakan cip pemprosesan baru yang lebih pantas lagi.

Namun begitu, seperti kebiasaan, Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan daripada pihak mereka, dan ianya masih lagi pada peringkat ura-ura buat masa ini.


Pelan dan Pakej iPhone 4 Maxis Mungkin Berubah?
BlackBerry Messenger Untuk iPhone Pada 26 April?
Apple Bakal Mengemaskini Keluarga Mac Pro dan Mac Mini?
Prototaip MacBook Pro Dengan Sokongan 3G Diperlihatkan
Laman iCloud.com Bakal Mengintegrasikan Sokongan Notes Dan Reminders

11 Komen

  1. najashark pada 21 Jun 2011

    hodoh betul gambar rumor tu…hahaha

  2. zool pada 21 Jun 2011

    Nampak gemuk plak kan.. Tapi harga pun mesti baek punya..

  3. kyo_9 pada 22 Jun 2011

    trend ntk entri kali nih ialah “mana”

  4. kikoz pada 22 Jun 2011

    selagi x support slot kad slagi tu lah iphone x complete..apa erti beribu2 ios app jika space pd peranti terhad..

    • Zahari pada 22 Jun 2011

      tulah, tensen betul. saya pulak selagi apple tak masukkan pembakar roti, mesin buat kopi, peti ais dengan cassette player, memang tak complete iphone ni. macam mana nak main kaset2 ramlah ram yg saya beli dulu. at least la, cassette player, at least la tu

      • matjoe pada 22 Jun 2011

        agak sengal komen ini tapi saya suka. paling suka part ramlah ram

      • Abang Lie pada 22 Jun 2011

        Adik Zahari silap conference ni…

      • kikoz pada 23 Jun 2011

        cerdik sungguh mamat ni…

    • Riey pada 22 Jun 2011

      16gb & 32gb xckup ker donlod app?? donlod sribu app,yg gne 10 app jer..

      • kikoz pada 23 Jun 2011

        16gb terlalu kecil bg org yg guna hp bkn seperti zahari. game, mp3, video, gmbr2,
        app.. video hd skrg 1 minit dh brape puluh/ratus MB? game yg kaw2 makan
        100mb++ utk 1 game..xkisahlah guna 10 ke berapa, yg pnting x serabut space.
        bukan smua org srupa zahari mmpu beli iphone 32gb.

        betapa cerdik2 keldai org yg membela kelemahan ini..

        • Zahari pada 07 Jul 2011

          Pengguna tipikal Android. Sentiasa rasa diorg je la yang power user. Android tak mampu memenuhi keperluan penggunaan telefon pintar saya en/cik Kikoz.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader