Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah anda dengan Jalenas (Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd) yang ingin membangun dan menguruskan rangkaian infrastruktur yang membolehkan para pengguna Malaysia menikmati perkhidmatan jalur-lebar yang murah dan berkualtii? Nampaknya, mungkin tidak lama lagi mereka akan melancarkan perkhidmatan mereka itu dibawah nama Omni.

Melalui Omni kelak, Jalenas akan menyediakan sebuah rangkaian infrastruktur fiber-optik yang paling pantas di negara, dan menariknya mereka akan memberikan kebebasan untuk para pengguna sendiri memilih penyedia rangkaian mereka. Jadi mungkin kelak melalui Omni ini, para pengguna boleh memilih samaada ingin menggunakan UniFi daripada TM, TIMEdotcom, Maxis Home, Jaring, ataupun lain-lain dengan mudah. Sebagai permulaan, perkhidmatan Omni ini mungkin akan hanya diperkenalkan di Kuantan sahaja.
Buat masa ini, ianya tidak lagi diketahui sepenuhnya berkenaan dengan perkhidmatan ini, dan mungkin kita akan dapat melihatnya dan mengetahui lebih lanjut perkara mengenai ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
takder link back ker bro..hehe
kan ada kat penghujung entri tue.
Ouhh , saya kurang faham dekat sini. Boleh tolong jelaskan tak?
Jalenas melalui Omni nie akan sediakan infrastruktur, manakala untuk melanggan perkhidmatan internet, anda hanya perlu menghubungi pihak penyedia, seperti TM, Maxis dan sebagainya.
kuantan. kl. johor. penang. kulim hi-tech.. tu je tmpat leh mrase high speed broadband..
area lain smua btahun nak tunggu.. malang betul
Assalammualaikum,
Jelas yang saudara sangat teruja dengan perkembangan Jalenas dan OMNI.
Bagi perkenalan, saya adalah salah seorang pioneer Jalenas dan adalah salah seorang yang telah memberi nafas kepada OMNI.
OMNI adalah branding yang kami berikan kepada service yang Jalenas akan dilancarkan. Unfortunately, mungkin brand OMNI ini tidak akan kesampaian ke public di atas sebab-sebab yang tertentu, tetapi kita tunggu dan lihat sahaja kelak.
Kini sudah bulan Jun 2011 dan sepatutnya OMNI/Jalenas telah pun dilancarkan di Kuantan 4 bulan yang lalu! Sebenarnya, service sepatutnya sudah dilancarkan selewat-lewatnya tahun December 2010.
Kenapa? Jalenas tidak ada capex. Semudah itu, Jalenas adalah sebuah company Melayu yang terlalu gah mendabik dada yang kosong bertemankan bangsa-bangsa asing yang menjadi consultant/staff dengan lagak yang serupa macam kera kehabisan pisang.
Maaf untuk kelancangan Bahasa, tetapi saya kecewa dan dihampakan oleh janji-janji manis CEO, James Angelon Jr, ED Heikal Ali.
Mereka bertiga ini ada pelopor propaganda corporate politics no.1 di Malaysia. Maklumlah, 1Malaysia katakan.
Sekadar pengetahuan saya, tidak akan ada perlancaran rasmi di Kuantan kerana mungkin di adakan di MO KL. Please tell me what is the logic of having a launch in KL when the product and service is in Kuantan?
I have a gut feeling yang Jalenas/OMNI tetapkan dilancarkan, tetapi tidak tahulah bila, kenapa dan bagaimana. Sudah pasti, company yang dulu pernah saya cintai dan terima a huge pay cut to join will never ever be on par with TM, never!
Last but not least, OMNI stands for One Malaysia National Infrastructure. And trust me, only people who are in the company long enough and high knows this.
Semua orang tau, Jalenas is a troubled company terutamanya orang pahang. Introdution umpama guruh,lepas tu hilang bagai angin lalu.
assalam guys;
any news about Kuantan HSBB? i heard Jaring n Jalenas had launched their product in some taman?
and how can i contact with exJalenas? really hope to discuss this matter further.
jazakAllah khair.
Diorang dah launch, nama produk Omni. Boleh rujuk Omni.my.
salam..boleh bg no contact untuk JALENAS di Kuantan.