30Jun

Jalenas Melancarkan Perkhidmatan Omni

Lain-lain, Telekomunikasi

Ingatkah lagi dengan perkhidmatan Omni daripada Jalenas? Kini nampaknya, seperti mana yang dijanjikan, mereka telah pun melancarkan Omni kepada umum, menyediakan sambungan fiber optik untuk perkhidmatan jalur-lebar membawakan kelajuan sehingga 100Mbps.

Secara ringkasnya, melalui Omni, ianya menyediakan infrastruktur untuk menyokong internet berkelajuan tinggi, dimana para pengguna boleh memilih penyedia internet mereka, samada TM, Maxis dan sebagainya. Buat masa ini, info pada halaman rasmi mereka masih tidak berapa mencukupi, dan syarikat-syarikat telekomunikasi dan penyedia internet yang bekerjasama bersama-sama dengan Omni masih tidak diperlihatkan sepenuhnya.

Melalui perkhidmatan Omni, ianya diketahui yang mana sebuah kabel fiber optik akan dipasang antara kabel utama Jalenas dan pengguna, dan ianya akan dikenakan caj sekitar RM260. Memandangkan Jalenas menumpukan pada kawasan Kuantan buat masa ini, mungkin ianya masih lagi tidak boleh didapati dikawasan-kawasan lain sementara ini.

Ianya juga masih tidak diketahui bilakah perkhidmatan mereka akan mula dijual dan dipasarkan kepada umum, dan buat masa ini, mereka hanya meminta para pengguna untuk mendaftarkan minat bersama-sama mereka, dan mereka akan hubungi kembali, sebaik sahaja mereka bersedia sepenuhnya.

Tip awal : ZulFitry


Celcom Membawakan Blackberry Bold 9700
5 Perkara Saya Buat Lebih Dengan Adanya Modem WiFi Maxis
Syarikat Telekomunikasi Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Tambah-Nilai Prabayar
Ramalan Perkembangan Teknologi Di Malaysia Sepanjang 2012
Pengenalan IPv6 Kepada Semua Secara Rasmi Pada 6 Jun 2012

9 Komen

  1. Twit N View pada 30 Jun 2011

    action kamen…bip bip bip…haha

  2. AnkhSempoi pada 30 Jun 2011

    HAHA..
    dah terikut si Usain Bolt pulak ..!!!!

  3. syafiq pada 30 Jun 2011

    semalam aku ada ternampak iklan internet ke apa tah yang guna satelit. mobile. ko ada review pasal tu?

  4. aduhai pada 30 Jun 2011

    terback sial style die…aku suke!

  5. Scromix pada 30 Jun 2011

    gile mahal compare ngara luar

  6. Zul's Stuff pada 30 Jun 2011

    internet laju2 buka email n facebook je..x lm lgi smua filehosting nak kna block …apa pun xleh nak download

    • Fairuz Sulaiman pada 25 Jul 2011

      Setuju dengan kamu. Apakah erti kelajuan internet yang tinggi tetapi tidak boleh memuat turun aplikasi yang kita sukai. Huhuhu. Sedih dan pilu,.

  7. sokonganon pada 01 Jul 2011

    bli keter ferrari, tapi bwk pgi pasar a few blocks away ja, kerajaan xbagi pgi mane2 lagi…

  8. Ore Kelate pada 02 Aug 2011

    100 Mb/s / 8 = 12.5 MB/s

    Sound’s great if we can have full speed local, internationally and uncapped bandwidth.

    Let say, 12.5 MB/s x 60 seconds = 750MB a minutes ( 1 DVD-RIP MOVIE every minute )
    750MB x 60 minutes = 45 GB an hour ( 1 Blu-Ray Movie Every hour )
    45GB x 24 hours = 1.08 TB a day ( 24 Blu-Ray Movies Everyday )

    Mind blowing speed for moviegoers like me….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader