25Jun

Joomla Menjana Lebih 2.7% Daripada 1 Juta Laman Terkemuka Dunia

Sumber Terbuka, Web 2.0

Seperti sedia maklum, hari ini merupakan antara hari yang dinantikan oleh para pengguna, pembangun dan peminat Joomla tempatan, dimana Joomla Day 2011. Dan bertambah menarik lagi, presiden Open Source Matters, iaitu badan disebalik pembangunan Joomla sendiri telah hadir ke Malaysia, berkongsikan beberapa perkara menarik di Joomla Day.


Presiden OpenSource Matters Pada Joomla Day 2011 [via]

Ianya diperkatakan yang mana kini para pengguna berdaftar pada forum Joomla.org rasmi telah pun melangkaui lebih daripada 500,000 orang pengguna, yang mana kini memperlihatkan lebih daripada 239 pendaftaran baru setiap hari. Selain daripada angka pengguna yang bertambah setiap hari, angka extension Joomla juga bertambah setiap hari, dimana kini hampir melebihi 8,000 extension secara keseluruhannya.

Joomla versi stabil yang terkini dipasaran adalah Joomla 1.6 yang mana telah dilepaskan pada bulan Januari yang lepas, dan kini Joomla 1.7 akan dikeluarkan dalam masa kurang sebulan lagi. Sehingga ke hari ini, Joomla telah dimuat-turun sebanyak 23,812,108 kali, dan meningkat dari semasa ke semasa.

Jikalau dilihat dari segi penggunaan Joomla, ianya diperkatakan ianya menjana sebanyak 2.7% daripada 1 juta laman terkemuka didunia, dan apa yang menariknya adalah sebanyak 74.9% daripada senarai 1 juta laman terkemuka didunia tidak menggunakan CMS.


Carian Masa Nyata Twitter Melalui Google
Facebook Malaysia Mencari Pekerja
WutMedia Memperlihatkan Demo Enjin Penerbitan Kandungan Digital - WutPress
#Tips : Atasi Pelbagai Masalah Matematik Melalui Aplikasi Web Dan Android MathWay
Mozilla Membuka Penerimaan Aplikasi Untuk Mozilla Marketplace

6 Komen

  1. Fazreen pada 25 Jun 2011

    Send my regard to him..keke

  2. ekspresiruang pada 25 Jun 2011

    tak berapa tahu sgt pasal joomla ni :(

  3. TintaLuhur pada 25 Jun 2011

    em, seng x nk bljr joomla ni..menarik gak tgk system ni..x penah lg cube

  4. Affan pada 25 Jun 2011

    aku berminat nak belajar joomlah.
    awesome info : 74.9 – no CMS , 2.7% – Joomla, WP agak2 bape ye?

  5. zool pada 25 Jun 2011

    Aku kureng sikit ngan joomla ni,..
    tak pandai2..

  6. sue pada 25 Jun 2011

    joomla 1.5 and above lbh mudah dipelajari. GUI jg lbh menarik. love joomla! <3<3<3


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader