02Jun

Kemaskini Aplikasi WootFood Membawakan Pelbagai Perkara Baru

Apple, Web 2.0

Ingatkah lagi anda dengan WootFood.?Kini pembangunnya telah pun memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi iOS mereka, dimana melaluinya mereka membawakan beberapa perkara baru, termasuk peningkatan prestasi aplikasi mereka, disamping menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang telah dikenal pasti.

Melalui WootFood 1.1.4 untuk iOS, kini para pengguna boleh memadam makanan yang tidak ingin dikongsikan daripada halaman profail mereka dengan mudah. Pada masa yang sama, kini makanan yang diperlihatkan dibahagikan kepada beberapa bahagian, termasuk makanan yang popular, dan juga makanan terkini yang ditambah oleh para pengguna.

Selain daripada itu, kini para pengguna juga boleh membuat semakan pada Google Maps untuk makanan-makanan yang digemari dengan mudah.

Para pengguna iPhone dan iPod Touch boleh memuat-turun aplikasi WootFood ini terus daripada AppStore secara percuma, dan mula berkongsi makanan kegemaran mereka dengan mudah dan pantas.


Cisco Mungkin Akan Mengambil Alih Skype?
iPhone Generasi Baru Mula Kelihatan?
Nuffnang Memperkenalkan Nuffnang Grapevine
Mozilla Memperkenalkan Sokongan Identiti - Mozilla Persona
Aplikasi IT Price Check Membolehkan Anda Mengikuti Harga Barangan Komputer Melalui iPhone

2 Komen

  1. ekspresiruang pada 02 Jun 2011

    cool!

  2. Firdaus pada 03 Jun 2011

    Wuhoo Clayton!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader