Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan teknologi Kinect daripada Microsoft yang semakin luas dipergunakan dalam permainan interaktif dan sebagainya, kini Razorfish memperlihatkan salah satu konsep penggunaannya dalam pembelian aksesori dan pakaian dengan mudah, dan mencubanya serta merta terus melalui skrin anda.
Konsep yang dinamakan sebagai KinectShop ini memperlihatkan bagaimana berkemungkinan pada masa hadapan kelak, pembelian pakaian dan aksesori mungkin tidak lagi memerlukan anda mencubanya secara manual seperti sekarang ini, tetapi sebaliknya boleh melakukannya dengan mudah terus melalui skrin dan juga Kinect.
Mungkin dalam masa akan datang nanti, kita akan dapat melihat lebih banyak konsep menarik menggunakan Kinect. Sama-sama kita nantikannya.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
evolusi e-shopping mmg berkembang dgn pesat sekali skg. kagum tgk video tu
Haha! aku pernah nampak konsep ni tahun lepas dari Jepun tapi diorg guna Google Image dan projector je http://gizmodo.com/5706041/girls-try-on-clothes-using-google-images
Confirm girl minat
beli kinect, install driver kat PC, start develop..bleh buat FYP kinect ni. haha..Microsoft nk kluarkn SDK nnti..xmcm sony. PS3 kene hack, saman..Microsoft punye kinect kene hack siap bg sdk lg. haha