23Jun

Laman Kerajaan .gov.my Bersedia Menghadapi Sebarang Serangan Siber

Sekuriti

CyberSecurity Malaysia, dimana merupakan salah satu badan yang bertanggungjawab pada hal-hal keselamatan atas talian dan dunia siber, kini telah pun mengumumkan yang mana mereka bersedia untuk sebarang serangan siber, dan mengatakan laman-laman kerajaan akan berdaya tahan untuk serangan siber.

Tambah CyberSecurity lagi, laman gov.my berdaya tahan untuk sebarangan serangan siber, samada ianya diumumkan terlebih dahulu ataupun diserang secara mengejut. Buat masa ini, pihak CyberSecurity diperkatakan sedang menjalankan ujian dan penilaian teknikal untuk semua rangkaian komputer pada infrasktruktur informasi negara yang kritikal.

Sebelum ini, pada 16 Jun yang lepas, sebanyak hampir 200 laman web telah diserang secara DDOS membuatkan laman-laman tersebut tidak dapat diakses, dan sebuah video baru telah dimuat-naik di YouTube memperlihatkan yang mana seterusnya laman Pejabat Perdana Menteri Malaysia akan diserang pada bulan Julai.


AVG 9.0 Kini Lebih Pantas Dan Menjimatkan Memori
Microsoft Melepaskan Kemaskini Kecemasan Untuk IE
CyberSecurity Malaysia Mengeluarkan Peringatan Untuk Menguatkan Sekuriti Web
Laman Web Lynas Corp Digodam Oleh Pengodam Tempatan
Kaspersky Mulakan Ujian Perisian KIS Untuk Windows 8 Consumer Preview

17 Komen

  1. Kimikim0 pada 23 Jun 2011

    Whatever ==’

  2. Wizurai pada 23 Jun 2011

    aku harap serangan lebih hebat dilancarkan…

    • Fahmishah pada 23 Jun 2011

      Hahaha! Anyway, lama tak nampak kau.

    • Rakyat Malaysia pada 23 Jun 2011

      wahai wizurai, mana semangat cintakan tanah air. Melayu terus layu. :(

      • SaifuL aDLy pada 29 Jun 2011

        MELAYU akan terus LAYU sebab pemimpin dah berbohong ngan rakyat. Dulu kata tak mahu ada sekatan terhadap laman web dan internet. Sekarang ape cer?

  3. hehe pada 23 Jun 2011

    omong kosong aja deh

    berdaya tahan serangan siber,
    adakah berdaya tahan kecurian data?
    bagaimana tu. :)

  4. Mat Rempit 2011 pada 23 Jun 2011

    Anonymous tak buat apa2 pengumuman pon psl hack haritu. So betul ke anonymous yang hack atau staff cybersecurity sendri yg test webs mase office hour?

    Psl hack kali kedua ni sebenanya aku rasa takde apepon. Bercakap dari segi teknikal IT sbb aku pon background IT security. Bukan senang nak hack bende2 ni wei. CyberSecurity Malaysia bersama department diorang MyCERT dan GCert ke apa jenis CERT (Computer Emergency Response Team) mmg well trained. Ally diorang bukan local hackers ni…semua ally adalah dr satu dunia. So knowledge diorang bukan calang2.

  5. lovynn pada 23 Jun 2011

    Ak cume dengar yg CEO CyberSecurity Malaysia mention pasal anak2 malaysia yg turut memeriahkan aktiviti hacking2 ni tak ade semangat sayangkan negara Malaysia.. dah hilang semangat cintakan negara sendiri dan x ambik kisah pun pasal Malaysia diperkotak-katik oleh orng luar…

    • Eichikatsu pada 23 Jun 2011

      Penah jumpe CEO CyberSecurity ni..hehe..mmmg kenal rapat ni :)

  6. lagenda pada 23 Jun 2011

    anonops.blogspot.com tiada pengumuman rasmi dalam blog beliau. tak pernah dalam sejaran pengodam siap buat pengumuman rasmi.

  7. Wan pada 23 Jun 2011

    entah2 video tu fake ja

  8. syahrilhafiz pada 23 Jun 2011

    phewww, dengar cite macam tu gak..sokongan kepada hacker malaysia :)

  9. Twit N View pada 23 Jun 2011

    peruntukan kan dah dibuat, tunggu lulus jer…
    camtu jer caranya utk dapatkan peruntukan lebih, timbulkan masalah dan ajukan idea minta dana…tadaaa…

  10. janjang pada 23 Jun 2011

    propaganda je ni..

  11. Myka Zyra pada 24 Jun 2011

    Cyber Security Malaysia mungkin agak baru di Malaysia, tapi munkgin kita boleh bagi mereka peluang untuk menepis serangan dari Anonymous. Mungkin kerajaan ada sebab tersendiri, spt tindakan mereka block beberapa website. Seperti di China, mereka sanggup meninggalkan Google demi menjaga maruah negara mereka sendiri. Isu perkongsian fail, mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana majoriti rakyat di neagara kita masih gemar memuat turun secara percuma.

  12. Faris pada 29 Jun 2011

    nampaknya serangan kali ni lebih hebat je…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader