29Jun

Lebih Maklumat Berkaitan TableFour.Us Kini Diketahui

Perisian, Web 2.0

Nampaknya, kini pembangunan aplikasi TableFour.us telah pun siap sepenuhnya, dan pihak pembangunnya sudah memuat-naik aplikasi tersebut pada Apple AppStore, dan seterusnya menantikan ianya disahkan oleh Apple. Pada masa yang sama, aplikasi tersebut juga dalam proses ujian dalaman buat masa ini.

Secara ringkasnya, ianya kelihatan yang mana melalui aplikasi TableFour.us ini, para pengguna boleh menempah tempat dan meja makanan dibeberapa restoran dengan mudah, dan pada masa yang sama mungkin akan membenarkan mereka membuat tempahan makanan pada restoran tersebut juga. Ini sekaligus akan menyelesaikan masalah untuk menantikan makanan apabila anda tiba kelak.

Buat masa ini, ianya hanya diketahui yang mana TableFour.us telah bekerjasama bersama-sama dengan lebih 5 buah restoran, dan mungkin banyak lagi akan diumumkan pada pelancarannya kelak. Aplikasi rasmi mereka pada Facebook juga kelihatan, menunjukkan yang mana TableFour.us akan membawakan sokongan Facebook Connect untuk menguruskan akaun penggunanya.

Satu lagi perkara yang tidak diketahui buat masa ini adalah samada adakah ianya akan dilancarkan untuk pengguna Android, ataupun diperkenalkan untuk pengguna iPhone sahaja terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada pihak TableFour.us.


Pengguna Pelayar Web Mudah-Alih Opera Melangkaui Angka 100 Juta
Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui 11 Juta Orang
Lebih 600,000 Akaun Facebook Digodam Setiap Hari
Amazon Bakal Menceburi Industri Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan?
#Tips : Ubah Antaramuka Windows Menyerupai OS X Lion Dengan Mudah

5 Komen

  1. Iwani Khalid @ Kureno pada 29 Jun 2011

    Loving it so far!!! Can’t wait for more updates!

  2. Imran Sheik pada 29 Jun 2011

    Abg tu support Bersih aha sempoi!

    • Azizi Khalid pada 02 Jul 2011

      Kita mahu yang BERSIH sahaja. Kalau kotor nanti takut food poisoning :)


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader