07Jun

Mac OS X Lion Akan Dilepaskan Kepada Semua Pada Bulan Julai Ini

Apple

Setelah memperkenalkan Mac OS X Lion sebelum ini, kini Apple pada WWDC sekali lagi memperlihatkannya. Melaluinya, kini Apple mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan lebih daripada 250 fungsi baru pada Mac OS X Lion, dan 10 fungsi utamanya diperlihatkan kepada semua pada WWDC hari ini.

Menariknya, adalah dimana kebanyakkan fungsi-fungsi barunya memperlihatkan keserasian bersama-sama dengan iOS mereka. Antara fungsi baru yang diumumkan termasuklah sokongan multi-gesture, membolehkan anda menggunakan aplikasi dalam skrin penuh – tanpa perlu tetingkap dan sebagainya seperti sebelum ini, integrasi Mac App Store, Mail versi baru yang mana lebih mesra komunikasi dan banyak lagi.


Mac OS X Lion : Sokongan Multi-Gesture


Mac OS X Lion : Aplikasi Dalam Skrin Penuh

Mac OS X Lion bakal diperkenalkan kepada semua pengguna pada bulan Julai kelak dan akan dijual pada harga serendah $29.99 sahaja. Menariknya lagi adalah dimana ianya hanya akan diperkenalkan melalui Mac App Store sahaja, dan bersaiz sekitar 4GB sahaja.

Kamera : TechCrunch


iPad 2 Bakal Di Lancarkan Bulan Januari 2011?
FaceTime Untuk Mac Mencapai Versi Stabil, Berharga $0.99
iOS Mendahului Pasaran Mudah-Alih Dengan Lebih 200 Juta Peranti Terjual
Perbandingan Antara Tablet Windows 8 Dan iPad iOS 5 Diperlihatkan
Ulasan Ringkas : Platform Mudah-Alih Baru Daripada Apple - iOS 5

6 Komen

  1. ka6 pada 07 Jun 2011

    Rasanya lebih sesuai dilancarkan dari dilepaskan untuk tajuk post nie

  2. Hyuuga pada 07 Jun 2011

    salam, if bli macbook pro..mmg da ade ke mac os x lion yg br ni??
    ke kene bli asing plak eh??
    jakun sungguh brg apple ni…

    • tekong pada 08 Jun 2011

      wslm. kalo beli sekarang takde. mungkin beli bulan ogos rasanya baru ada

    • zahari pada 09 Jun 2011

      kalau beli pada/selepas 6hb Jun, dapat free upgrade dari Snow Leopard ke Lion.

      Apple press release:
      “The Mac OS X Lion Up-To-Date upgrade is available at no additional charge via the Mac App Store to all customers who purchased a qualifying new Mac system from Apple or an Apple Authorized Reseller on or after June 6, 2011. Users must request their Up-To-Date upgrade within 30 days of purchase of their Mac computer. Customers who purchase a qualifying Mac between June 6, 2011 and the date when Lion is available in the Mac App Store will have 30 days from Lion’s official release date to make a request.”

  3. shifaa pada 07 Jun 2011

    eh, nape Mac OS X Lion lagi murah?
    kalau beli kat machine mahal tak?

    • tekong pada 08 Jun 2011

      lagi murah sebab kena download ikut Mac App Store. takde CD/DVD installer. so jimat kos shipping semua


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader