13Jun

Mac OS X Lion Didatangkan Dengan Pilihan Boot Ke Safari

Apple

Nampaknya, selain daripada fungsi-fungsi yang diumumkan oleh Apple tempoh hari, Mac OS X Lion juga bakal didatangkan dengan fungsi seumpama Chrome OS, dimana para pengguna boleh boot terus ke pelayar web Safari, tanpa perlu memasuki sistem operasi utama mereka.

Fungsi ini didatangkan pada versi pembangunan beta Mac OS X Lion yang terkini, dimana ianya diperlihatkan pada skrin masuk Mac OS X Lion. Daripadanya anda diberi pilihan “Restart to Safari” dimana anda boleh memilih untuk memulakan komputer anda kepada hanya sebuah pelayar web sahaja, dan tidak menggunakan perkara yang lain.

Melalui fungsi ini, ianya tidak dijalankan daripada sebarang partition pemasangan sistem operasi anda, sebaliknya dijalankan daripada pemasangan simpanan (recovery partiton), sekaligus membolehkan anda mengakses internet, walaupun sistem operasi anda menghadapi masalah padanya.

Ianya masih lagi tidak diketahui samada fungsi ini akan diperkenalkan pada versi akhirnya kelak ataupun tidak. Namun begitu, ianya merupakan salah satu perkara yang menarik untuk dilihat.


Aplikasi iPad Untuk The Star Di Lancarkan Secara Rasmi
Apple Bakal Memperkenalkan iPhone Mini Yang Murah?
iPhone 5 Bakal Membawakan Cip A5, 1GB RAM Dan Kamera 8-Megapixel?
Mac Kini Meliputi Sebanyak 5% Daripada Pasaran PC Global
Kaspersky : Apple Masih Sedekad Dibelakang Microsoft Dari Segi Sekuriti

4 Komen

  1. aburifaie pada 13 Jun 2011

    best best…

  2. aburifaie pada 13 Jun 2011

    best best…mcm2 benda baru kat mac os lion ni…x sabar nak upgrade..

  3. gigikuku pada 13 Jun 2011

    style2, lagi 4 taun aku beli, ntah ape os la pas 4 taun nnt ;D
    *xde apple hater nak komen ke :P

  4. izwan pada 23 Jun 2011

    once you are apple,you will never be windows again :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader