Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Berucap pada World Bloggers & Social Media Summit pada hari ini, Rais Yatim mengatakan yang mana kini di Malaysia, terdapat lebih daripada 17.5 juta pengguna internet, dimana ianya dipecahkan kepada tiga kategori, iaitu pengguna jalur-lebar, pengguna 3G, dan juga pengguna internet tanpa wayar.

Menurut Rais Yatim, pengguna jalur-lebar Malaysia adalah lebih daripada 5 juta orang, selain mana lebih 10 juta pengguna merupakan pengguna 3G. Pada masa yang sama, lebih 2.5 juta pengguna merupakan pengguna internet tanpa wayar di Malaysia.
Namun begitu, ianya tidak pasti dengan angka yang diperlihatkan, kerana berkemungkinan terdapatnya para pengguna yang sama melanggan talian internet dan juga 3G. Berkemungkinan angka pengguna ini mungkin lebih besar, ataupun mungkin juga kecil.
Sebelum ini, ianya turut diketahui yang mana pengguna Facebook Malaysia telah pun melangkaui angka 11 juta pengguna.
8 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
jelas rakyat Malaysia makin banyak diexpose dengan dunia semasa. Jadi kerajaan perlu ingat bahawa rakyat Malaysia makin cerdik dan makin matang menilai.
walaupun pengguna internet di malaysia kelihatan agak ramai, namun kadar penembusan jalur lebar ke kawasan kg dan pedalaman agak kecil, apa ingat orang kg skang nie x main tenet ker???
ini menunjukkan rakyat malaysia semakin celik IT dan minda mereka lebih terbuka
patut lah internet 3G celcom lembab pasal ramai manusia guna
Tak lama lgi, pengguna internet di Malaysia akn menurun disebabkan mcmc/skmm block website file hosting.. kahkahkah..
jk
Sekarang politik semasa tidak memberangsangkan. Makin selalu susahnya untuk percaya perangkaan pencapaian kerajaan seperti ini.
Kalau makin ramai guna tapi infrastruktur internet macam haprak, camne tu?