22Jun

Maxis Dan DiGi Menawarkan HTC Sensation Serendah RM1,399

Gajet, Telekomunikasi

Setelah pengumuman pelancaran rasmi HTC Sensation di Malaysia, kini kedua-dua syarikat telekomunikasi, iaitu Maxis dan DiGi telah pun mengemaskini halaman web masing-masing menyertakan peranti dwi-teras daripada HTC itu. Kedua-dua, Maxis dan DiGi menawarkan peranti tersebut pada harga serendah RM1,399 dengan kontrak selama 24 bulan.

Maxis menawarkan peranti HTC Sensation bersama-sama dengan kontrak selama 24 bulan pada harga serendah RM1,399. Pengguna juga boleh memilih pilihan data samada inginkan 500MB ataupun 1.5GB dan keatas, pada perbezaan harga sebanyak RM200.

DiGi pula menawarkan HTC Sensation bersama-sama dengan DiGi Smart Plan pada harga serendah RM1,399 dengan kontrak selama 24 bulan. Selain daripada itu, DiGi turut memberikan pilihan kontrak selama 12 bulan pada harga RM1,699.

HTC Sensation boleh dibeli tanpa sebarang kontrak pada harga cuma RM2,299, dimana ianya membawakan kamera 8 megapixel dengan aut-fokus, skrin resolusi tinggi qHD, cip pemprosesan dwi-teras, dan seperti sedia maklum, menggunakan sistem operasi Android bersama-sama dengan HTC Sense.


Maxis Memperkenalkan Pelan Data Untuk iPad
Xperia Mini Dan Xperia Mini Pro Di Malaysia Bulan Ini
Nokia Turut Sama Mengumumkan Nokia Lumia 710 Hari Ini
Samsung Memperlihatkan Skrin Sentuh Lutsinar - Kelihatan Amat Menarik Sekali
Pelan Dan Pakej Untuk Perkhidmatan HSBB Daripada P1 Kelihatan

6 Komen

  1. syafiq pada 22 Jun 2011

    typo: aut-fokus & qHD

  2. ekspresiruang pada 22 Jun 2011

    maxis kena bayar bulan2 berapa ye? ada tak jadual pakej bulanan?

  3. matjoe pada 22 Jun 2011

    nak tunggu sama ada digi menawarkana peranti samsung galaxy 2. kalau ada memang best sebab komitment bulanan dengan maxis adalah tinggi

  4. wazy pada 22 Jun 2011

    Hmm menarik juga pakej dari maxis ni

  5. wrizuan.net pada 21 Jul 2011

    idaman kalbu nie….:)


Trackbacks/Pingbacks

  1. HTC Sensation Ditawar Oleh Dua Syarikat Telekomunikasi | Hub41

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader