07Jun

Microsoft Memperlihatkan Carian Suara Bing Pada Xbox

Microsoft

Pada acara E3 yang sedang berlangsung, Microsoft telah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru Bing pada konsol permainan terkemuka mereka, Xbox. Tidak lama lagi, para pengguna Xbox dapat menikmati penggunaan YouTube dan pengintegrasian Bing secara menyeluruh pada peranti konsol Xbox 360 mereka.

Dengan pengintegrasian Bing pada Xbox, Microsoft menggunakan pakai teknologi Kinect, dimana para pengguna boleh membuat carian dengan mudah dengan hanya menggunakan suara sahaja. Ketika pelancarannya kelak, ianya akan diperkenalkan dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu, sebelum lebih banyak bahasa disokong dalam masa akan datang.

Mungkin juga kita akan dapat melihat fungsi yang serupa diperkenalkan untuk para pengguna desktop tidak lama lagi. Selain Xbox, Microsoft juga telah memperlihatkan Bing Audio pada Windows Phone sebelum ini.


Cuba Windows Vista SP2 Pre-Beta Sekarang
Microsoft Bakal Menjenamakan Semula Live Kepada Kumo?
Ballmer Di Jangka Akan Bercakap Mengenai Windows 8?
Microsoft Melancarkan Aplikasi SkyDrive Untuk Windows Phone Dan iPhone
Peranti Windows Phone Pelbagai Saiz Bakal Diperkenalkan Pada Masa Hadapan

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader