02Jun

Microsoft Memperlihatkan Windows 8

Microsoft

Setelah ditunggu sekian lama, akhirnya kini Microsoft telah pun memperlihatkan sistem operasi generasi akan datang mereka yang mana dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini. Melalui sebuah video khas, Microsoft memperlihatkan antaramuka dan beberapa fungsi menarik pada sistem operasi Windows akan datang itu.

Melalui apa yang diperlihatkan, ianya menunjukkan perubahan antaramuka yang amat ketara sekali sejak Windows diperkenalkan, yang mana kini ianya turut dioptimasikan untuk para pengguna tablet dan juga skrin sentuh.

Seperti pada Windows Phone, melalui sistem operasi Windows 8, Microsoft dilihat masih mengguna-pakai konsep tiles, selain mana Microsoft juga turut mengintegrasikan salah satu fungsi Store yang membawakan fungsi seumpama kedai aplikasi seperti terdapat pada Ubuntu dan juga Mac OS. Selain itu, ianya turut memperlihatkan Internet Explorer 10 yang akan menggunakan fungsi hardware-acceleration sepenuhnya.

Buat masa ini, ianya dijangka yang mana sistem operasi Windows 8 ini bakal diperkenalkan kepada umum seawal tahun hadapan, dengan versi beta dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.


Morro Kini Di Kenali Sebagai Security Essentials
Microsoft Malaysia Melancarkan Internet Explorer 9
Windows Phone Mango Build 7720 Mula Tersebar Di Internet
Microsoft Memperlihatkan Kegunaan Integrasi Windows Live Pada Windows 8
BlueStacks Membawakan Lebih 400,000 Aplikasi Android Ke Windows 8

4 Komen

  1. TeratoMan pada 02 Jun 2011

    Wow! Nampak comel.

  2. iems1923 pada 02 Jun 2011

    menarik! x sabar nk pakai laptop touchscreen windows 8 (^_^)

  3. Syafiq Zainal pada 02 Jun 2011

    GUI ni dah apply pada Windows Mobile. Mungkin diorang nak seragamkan GUI PC dgn tablet and phone kot. Nice..

  4. acidkools pada 26 Jul 2011

    peh.. dah lama x pakai windows ni.. windows 8 agak menarik kalau nk dibandingkan dengan version2 sebelumnya. nice.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader