21Jun

Firefox 5 Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Mozilla

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah membolehkan para pengguna memuat-turun Firefox 5.0 melalui pelayan FTP sebelum ini, kini hari ini pihak Mozilla secara rasminya melancarkan Firefox 5 kepada umum, sekaligus memperkenalkan versi pertama Firefox yang menggunakan latar masa pembangunan pantas yang baru diperkenalkan oleh mereka.

Melalui Firefox 5, Mozilla membawakan beberapa sokongan tambahan kepada animasi CSS, prestasi JavaScript dan pengurusan memori yang ditambah-baik, sokongan HTML5, XHR, SMIL, canvas dan lain-lain yang diperbaiki, integrasi bersama desktop untuk pengguna Linux yang ditambah-baik, serta membawakan kestabilan dan sekuriti yang ditambah baik lagi.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 5 untuk Windows, Linux dan juga Mac OS X dalam pelbagai variasi bahasa secara percuma. Bersama-sama dengan pengumuman Firefox 5, ianya sekaligus memperlihatkan yang mana Firefox 6 bakal menemui para pengguna dalam beberapa bulan lagi, dengan Firefox 6 Beta bakal dilancarkan pada 5 Julai kelak dan pada tarikh yang sama pembangunan Firefox 7 akan beralih kepada saluran Aurora.


Opera Terus Mengejutkan Dunia Dengan 10.6 Alpha 1
Firefox 4 Versi Akhir Pada 22 Mac Ini?
Chrome 11 Dengan Sokongan Input Suara Dilancarkan
Desura Memberikan Nafas Baru Kepada Pecinta Permainan Di Linux
Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan - Sedia Untuk Dimuat-Turun

7 Komen

  1. Piratz pada 21 Jun 2011

    Dah download dah.. Banyak plugin yang tak boleh bukak…

  2. hafidz pada 21 Jun 2011

    proses upgrade firefox sedang dilakukan :D
    tapi tak semua plugin boleh pakai la.

  3. 1malaysia pada 21 Jun 2011

    bukan takat masalah plugin, korang ada pkai nvidia 9600GT x? or other nvidia 9x ? klu korang masuk laman web yang guna jquery .. dengar la graphic card mengerang. bunyi cam buka game berat.. klu jquery dekat firefox 4 ok ja. ntah gpu tweak pe diorg buat kt firefox 5. nk report cam malas lak.

    • Izzat Aziz pada 22 Jun 2011

      jquery pun macam tu..? ingat ringan je jquery ni.. entah guna graphic card ke tidak..

  4. acapz pada 21 Jun 2011

    ni klo donlod ni IDM leh guna ke x?

  5. Juan pada 22 Jun 2011

    da update dah

  6. Izzat Aziz pada 22 Jun 2011

    walaupun banyak plugin tak leh bukak, tapi ia jauh lagi baik daripada firefox 4.. so functionality or satisfaction?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader