17Jun

Mozilla Sedang Membangunkan Pembaca PDF Pada Firefox

Perisian, Sumber Terbuka

Mungkin tidak lama lagi, para pengguna tidak akan memerlukan Adobe Reader untuk melihat fail PDF pada pelayar web. Kini, ianya diperkatakan yang mana Mozilla sedang dalam proses membangunkan salah satu cara membaca fail PDF terus melalui pelayar web dengan penggunaan HTML5 dan juga Javascript.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam proses pembangunanan. Namun para pengguna yang berminat boleh mengujinya dan melihat perkembangan pembangunan perkara ini pada pelayar web sumber terbuka kegemaran semua.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun begitu, dengan pembangunan Firefox yang kini lebih pantas, mungkin kita akan dapat melihatnya dengan lebih pantas lagi.


Chrome Kini Di Datangkan Bersama Flash
Mozilla Thunderbird 5.0 Beta Sedia Diuji
Firefox 6 Dilancarkan Secara Rasmi - Menumpukan Kepada Pembangun Web
TweetDeck Dikemaskini Kepada Versi 1.3 - Membawakan Pelbagai Sokongan Baru
Pandang Pertama Dan Ulasan Ringkas : Aplikasi VLC Untuk Android

7 Komen

  1. zulfahmi pada 17 Jun 2011

    kenapa firefox suke tiru chrome yek? naseb baik chromium project tu open source… think differently mozilla… you can do better…

    • 1Malaysia pada 17 Jun 2011

      mana yang baik xsalah tiru.. all for the user.

  2. ismail pada 17 Jun 2011

    bagus jugak.

    tapi sekarang ni dah terbiasa dengan foxit reader dah :)

    • Ann pada 17 Jun 2011

      hahaha… kite same bro… focit reader lebih ringan daripada adobe reader…

  3. matjoe pada 17 Jun 2011

    dulu mmg pakai ff. tapi sejak dapat angry bird free, mula berjinak2 dgn chrome, sekarang dah chrome all the way. good bye firefox

    • 1Malaysia pada 17 Jun 2011

      angry birds leh men kat mozilla gak..

      • matjoe pada 17 Jun 2011

        betul, tapi kalau guna chrome, once dah install xde internet connection pun boleh maen.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader