30Jun

Mozilla Melancarkan Thunderbird 5

Perisian, Sumber Terbuka

Selain pembangunan pelayar web Firefox yang dijadikan lebih pantas, mungkin Thunderbird turut mengikut jejak yang sama, dimana terkini, Mozilla Thunderbird 5 telah pun dilepaskan kepada umum, sekaligus melangkah satu angka versi, serta membawakan beberapa penambahan fungsi baru padanya.

Thunderbird 5 dibangunkan menggunakan enjin Mozilla Gecko 5, serta membawakan lebih daripada 390 penambahan dan peningkatan prestasi, menjadikan Thunderbid lebih pantas dan mudah digunakan. Versi terbaru ini juga membawakan pengurus Add-Ons yang baru, membolehkan anda mengurus dan mengawal aplikasi pihak ketiga dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga turut sama memudahkan pembangunan add-on untuk Thunderbird.

Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan Mozilla Thunderbird 5 untuk Windows, Mac dan Linux secara percuma, dan mula menggunakannya hari ini.


Aplikasi Sempena Filem Geng Dari Flavert Media
Internet Explorer 9 Beta Sedia Di Muat-Turun
Internet Explorer 9 Dilancarkan
Firefox 9.0 Beta Kini Sedia Diuji Pengguna Windows, Linux Dan Mac
Utter! Membawakan Input Bantuan Suara Yang Lebih Baik Dan Berbeza

2 Komen

  1. Eizil pada 30 Jun 2011

    Baru perasan aku masih guna Thunderbird 3, tak sangka dah smpi versi 5, versi 4 pun tak sempat guna nampaknya. :D

    • Hafiz pada 30 Jun 2011

      Tu le, aritu rsenye update 3.4, tetibe je msuk 5 da haha


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader