23Jun

Mozilla Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Kemaskini Sekuriti Untuk Firefox 4

Perisian, Sumber Terbuka

Nampaknya dengan pembangunan pelayar web Firefox yang lebih pantas, kini Mozilla menghentikan sokongan untuk pelayar web versi sebelumnya, dimana ianya kini dilaporkan yang mana Mozilla tidak lagi akan mengeluarkan sebarang kemaskini sekuriti untuk Firefox 4 selepas ini, memandangkan Firefox 5 sudah pun boleh didapati sekarang.

Sebelum ini, kali terakhir Firefox 4 menerima kemaskini adalah pada penghujung April yang lepas, dimana ianya dikemaskini kepada versi 4.0.1, yang membawakan beberapa kemaskini sekuriti.

Perkara ini semestinya bersesuaian dengan pelancaran pelayar web mereka yang lebih pantas, apatah lagi hampir tiga versi Firefox dalam pembangunan sekarang ini, membuatkan mungkin versi-versi sebelumnya sukar untuk diberikan sokongan.

Namun begitu, salah satu masalah pada pelayar web Firefox adalah dimana ianya tidak dikemaskini secara automatik seperti mana yang dilakukan oleh Google melalui pelayar web Chrome. Sekiranya Mozilla berjaya memperkenalkan kemaskini automatik sepertimana pada Chrome, ianya mungkin akan menjadikan pelayaran web para pengguna Mozilla lebih selamat, dan tidak perlu risau untuk mengemaskini pelayar web mereka setiap kali keluarnya versi baru.


Menarik Sepanjang 2008
Pembangunan Firefox 3.7 (Minefield) Sudah Di Mulakan
Accenture Bakal Menyokong Pembangunan Symbian Sehingga 2016
Mozilla Pra-Lihat Akan Projek Open Web Apps Dan Mozilla Marketplace
Adobe Bakal Memudahkan Penggunaan Fungsi Blur Pada Photoshop CS6

5 Komen

  1. syafiq pada 23 Jun 2011

    Aku tak gemar cara ni sebab firefox 3.6 masih support kan? Kesian pada plugin yang tak sempat betulkan kod untuk versi baru

  2. 1malaysia pada 23 Jun 2011

    aku lagi xsuka. oleh kerana diorg nk cepatkan sgt.. da hilang kualiti. firefox 5 siap ada bug masa jquery, sesetengah gpu jadi xcompatbile. ada pa ntah cepatkan keluaran. tp xda kualiti. lgpun ff5 xla byk adjustment yg gempak beza dari 4. baik letak 4.5 je. ni mesti nk lawan chrome yang baru je ada tp da smpai beta 14.

  3. 1malaysia pada 23 Jun 2011

    sapa ntah buat software, 4.0 pastu 4.0.1, tiba2 lompat 5.0. kejar nombor ke pe.

  4. syahrilhafiz pada 23 Jun 2011

    laaa..bagus sangat la tu
    aku nak cepat2 ke nightly ni
    best pulak pakai FF 7.0a1 ni..:)

  5. xanos pada 23 Jun 2011

    sekurang2nya dorang bagilah masa untuk pembangun plugin update plugin dorang supaya compatible ngan ff terbaru. IDM pun xsupport lagi plugin.. heheheee.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader