07Jun

Melayari Web Dalam Skrin Penuh Menggunakan Webian Shell

Perisian

Selain daripada Google yang sedang giat membangunkan ChromeOS, nampaknya Mozilla turut sama kini memperkenalkan salah satu projek dibawah Mozilla Labs mereka, yang mana dikenali sebagai Webian Shell, membawakan fungsi desktop berasaskan pelayar web.

Webian Shell ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan HTML, CSS, dan juga JavaScript sepenuhnya, dan berbeza dengan ChromeOS, Webian Shell ini direkabentuk untuk dijalankan diatas sistem operasi sedia ada, dan amat sesuai sekiranya anda menggunakan pelayar web sahaja sepanjang penggunaan komputer anda.

Melalui Webian Shell,ianya menyediakan bar alamat dibahagian atas, selain turut menyediakan bahagian tab dibawah, serta jam disebelah penghujung kanan bawah. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Webian Shell untuk Windows, Linux dan juga Mac OS X, dan mula menggunakannya hari ini.


Firefox 3.6 Bakal Menggunakan Nama Kod Namoroka
Mozilla Memperkenalkan Koleksi Add-On Firefox
Ingin Mengetahui Harga Jual-Beli Emas Semasa? Kini Ada Aplikasi Untuknya
Sokongan Penyedia ID Kini Didatangkan Oleh BrowserID Daripada Mozilla
Adobe Memperlihatkan Sokongan Mengeksport Presets Pada Photoshop CS6

1 Komen

  1. myFirdaus pada 07 Jun 2011

    dah test. perghhh, kelajuan memang superb!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader