Cari @ Amanz

Lanjutan daripada semalam, kini ianya dilaporkan yang mana MySpace telah pun mendapat pemilik barunya, sebuah syarikat rangkaian pengiklanan, iaitu Specific Media. Harga jualan MySpace kepada Specific Media diperkatakan sekitar $35 juta, dan diperkatakan News Corp akan memegang antara 5 hingga 10% pegangan pada MySpace.

Ianya diperkatakan penjualan dan pertukaran milik ini akan diselesaikan hari ini, walaupun masih belum diumumkan secara rasmi buat masa ini. Pada masa yang sama, dilaporkan pihak pengurusan teratas MySpace akan kekal untuk suatu tempoh masa bersama-sama dengan MySpace dibawah pemilik baru, serta hampir separuh pekerjanya akan dikurangkan.

Mungkin lebih banyak maklumat akan diketahui sebaik sahaja MySpace, Specific Media serta News Corp sendiri membuat pengumuman rasmi penjualan salah satu penjualan laman sosial popular itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd