Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Pada bulan ini, Perdana Menteri kita, Najib Razak bakal memperkenalkan dua perkara baru, iaitu sebuah aplikasi mudah-alih dan juga sebuah aplikasi atas talian yang dinamakan sebagai 1Malaysia RoundTable. Tarikh pelancarannya masih belum diketahui, namun ianya dijangka tidak lama lagi.
Melalui aplikasi tersebut, ianya diperkatakan yang mana akan membolehkan para pengguna mengakses laman blog, Facebook, dan juga Twitter Najib Razak dengan mudah, selain pada masa yang sama berinteraksi dengan perdana menteri dengan mudah, melalui hanya satu aplikasi.
Selain daripada itu, Perdana Menteri juga dijangka akan memperkenalkan sebuah aplikasi berasaskan web yang akan membolehkan para penguna berbincang pelbagai hal-hal negara disamping memberikan cadangan dengan mudah melaluinya.
Mungkin lebih banyak informasi akan diketahui ketika pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikannya.
Saya akan memperkenalkan Meja Bulat 1Malaysia secara online bulan ini.#Roundtable
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lepas ni leh la tanya secara langsung pasal harga barang pe yang diorg cadang nak naikkan lagi.
1malaysia.. PRU13 sokong lagi BarangNaik. best.
betul2..
apco pnye cadangan lah ni
bagus la korang ni.. minda terbuka yang sangat kotor..
reti kondem je
sesetengah minda (mcm ko) xle fikir. ikut je pemimpin.. asal ada kuasa kira betullah. tengok apa yang dia buat. bagi makan kroni je. mana keuntungan dari sumber2 galian atau apa saja di malaysia ni? ada dpt kat kita? xda. tu la salah satu sebab barang duk nek. bg la diorg makan sampai gemuk.
hahahah setuju bangat rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
sesetengah fikiran macam ko jugak la x leh pakai..
x semestinye aku pk ape yang dorang buat tu betul.. banyak yang salah..
like this
Apa yang penting sebelum bersuara, adakah anda sudah mendaftar sebagai pengundi?. Jika belum, abaikan kutukan politik yang akhirnya jawapanya tidak kemana. Daftar undi korang di pejabat pos terdekat.