21Jun

Nokia Melancarkan Telefon Dwi-SIM – Nokia C2-03

Gajet

Selain pengumuman berkaitan MeeGo, Symbian dan Windows Phone, Nokia turut sama melancarkan salah satu telefon baru mereka, iaitu Nokia C2-03, yang mana membawakan sokongan dwi-SIM, serta pada masa yang sama menyokong teknologi sentuh dan juga taip padanya.

Nokia C2-03 merupakan telefon pertama daripada Nokia yang menyokong dwi-SIM. Menariknya pada Nokia C203 adalah dimana ianya tidak memerlukan para pengguna untuk menutup telefon dan memulakannya kembali untuk bertukar SIM, sebaliknya boleh dilakukan dengan fungsi Easy Swap padanya. Melalui sokongan Easy Swap, anda boleh membuka bahagian tepi telefon, dan memasukkan SIM baru dengan mudah, tanpa perlu menutup telefon Nokia C2-03.

Ianya juga berkeupayaan untuk mengingati sehingga lima kad yang berbeza, dimana anda tidak perlu membuat tetapan kembali apabila menukar kad-SIM. Nokia C2-03 turut sama didatangkan dengan kamera 2-megapixel, dan juga memori terbina 10MB yang boleh diperluaskan sehingga ke 32GB. Ianya akan mula dijual diseluruh dunia pada harga bermula €77 mulai suku tahun ketiga tahun ini.


Windows Phone 7 Di Malaysia Mulai Bulan November
(Video) Ulasan Dan Pandang Pertama HTC Sensation XE Dengan Beats
Nokia Mengumumkan Peranti Windows Phone Pertama - Nokia Lumia 800
Ujian Tahan Lasak Pada Nokia Lumia Dilakukan Oleh Singtel
Video Nokia N9 Menjalankan Android Ice Cream Sandwich Diperlihatkan

5 Komen

  1. din je pada 21 Jun 2011

    pehhh..tbaek….xsaba tnggu

  2. janjang pada 21 Jun 2011

    awat kamera pixel kecik sgt…

  3. ali mamak pada 21 Jun 2011

    tau xpe.. spesifikasi yang sangat mengecewakan.

  4. Roslan Nazri pada 21 Jun 2011

    china nokia punyer berlambak dah haha

  5. penye adoi.. pada 22 Jun 2011

    ade wifi x nih???


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader