Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nokia hari ini di Nokia Connection 2011 yang diadakan di Singapura, telah pun memperkenalkan peranti baru mereka yang dinantikan ramai, iaitu telefon pintar yang dijana dan menggunakan platform Meego, Nokia N9. Melalui Nokia N9, ianya lebih menumpukan kepada perkara yang pengguna gemar lakukan melalui telefon pintar pada masa kini, iaitu menggunakan aplikasi, multi-tasking dan lain-lain.
Melalui Nokia N9, peranti tersebut membawakan skrin seluas 3.9″ AMOLED, kamera 8 megapixel dengan optik Carl Zeiss, 1024 MB RAM, storan terbina 16GB atau 64GB, skrin anti-silau, serta menariknya membawakan sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan. Ianya turut membawakan sistem navigasi percuma seperti peranti Nokia yang lain, serta pelayar web yang lebih pantas menggunakan WebKit 2, serta sokongan HTML5.
Buat masa ini, harganya masih lagi tidak diketahui lagi. Nokia cuma mengatakan yang mana peranti ini kelak akan dilepaskan kepada umum pada tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.
7 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
nampaknya n9 yang menjadi sebutan hampir lebih setahun pakai jugak meego. Tapi berbeza ngan konsep asal yang meego offer. Nampak lebih…symbian. Dengan nokia lebih focus kepada windows 7, tak tahu kalau meego ni diorang akan support x. Walaupun meego open source tapi still versi 1.2 baru-baru je release beberapa bulan lepas. Macam terlalu awal je diorang launch..
Meego v symbian. Mana menarik?
DO WANTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
Nokia cakap xnak support Meego dah… so camne nak yakinkan aku untuk beli telefon ni???
Komuniti akan support…macamsemua komuniti pada Distro2 Linux.
jangan jadi macam N900 suda. 1-1 nye hp gune maemo5…kesian…adakah N9 ikut jejak langkah N900? hoho