24Jun

Opera 11.50 Swordfish Mencapai Fasa RC

Perisian

Baru sahaja semalam kami menulis mengenai Opera 11.50 dengan antaramuka dan rekabentuk yang baru, dan kini pihak pembangunnya telah pun mengumumkan pelepasan Opera 11.50 Release Candidate 1, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya menghampiri fasa terakhir pembangunan.

Melalui versi RC ini, Opera lebih kepada menyelesaikan beberapa pepijat yang telah dikenal-pasti, serta menyelesakan masalah-masalah penggunaan pelayar web Opera 11.50 yang telah dikenal-pasti sebelum ini.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Opera 11.50 RC ini sebagai pemasangan Opera Next ataupun sebagai versi RC itu sendiri. Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, ianya lebih digalakkan untuk para pengguna memuat-turunnya sebagai versi Opera Next, dan menggunakannya bersama-sama pemasangan Opera anda sedia ada.


Nokia Bakal Mengumumkan Sesuatu Baru Mengenai Symbian Pada 12 April
Opera 11.50 Beta Sedia Diuji
Adobe Memperkenalkan Aplikasi Mesra Table - Adobe Touch Apps
Aplikasi MY-Traffic Memudahkan Para Pengguna Android Mengikuti Keadaan Lalu-Lintas
Adobe Memperlihatkan Sokongan Mengeksport Presets Pada Photoshop CS6

3 Komen

  1. syafiq pada 24 Jun 2011

    ahaha ok la tu semalam, hari tu baru tulis pagi, tengah hari dia dah update baru. haha.

  2. ZoOL pada 24 Jun 2011

    Aikk!! dah kuar RC.. kna upgrade ni.. hehe.. Opera main browser aku w’pun da 4 jenis browser kt pc :P


Trackbacks/Pingbacks

  1. Denaihati Mobile BlogDenaihati

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader