28Jun

Opera 11.50 Swordfish Dilancarkan Secara Rasminya

Perisian

Setelah beberapa versi pembangunan dikeluarkan, akhirnya, kini secara rasminya pihak pembangun Opera telah pun melancarkan Opera 11.50 yang mana membawakan pelbagai perkara baru termasuk sokongan extension untuk Speed Dial.

Kini para pembangun boleh menjadikan thumbnail mereka pada Speed Dial lebih interaktif, selain mana para pengguna bukan sahaja boleh menambah web pada Speed Dial, tetapi termasuk juga beberapa perkara lain, termasuk extension cuaca, dan sebagainya.

Opera 11.50 turut sama membawakan rekabentuk baru, yang mana lebih kemas dan ringan berbanding sebelumnya, serta menyokong Opera Link yang mana membolehkan pengguna sync akan kata laluan dengan mudah. Opera 11.50 juga lebih pantas berbanding versi-versi sebelumnya.

Opera 11.50 yang turut menggunakan panggilan nama kod Swordfish ini boleh dimuat-turun untuk Windows, Linux dan Mac OS X, serta pada masa yang sama, anda boleh melihat angka muat-turun pada masa-nyata melalui laman rasmi utama Opera.com.


Camino 2.0 Beta Pertama Di Lancar Oleh Mozilla
Chromium 9 Dilepaskan - Chrome 9 Akan Datang
JailBreakMe 3.0 Diperkenalkan - Menyokong iPad 2
Skype 5.3 Untuk Mac OS X Membawakan Sokongan Panggilan Video HD
HP : PC Dan Mesin Pencetak Berasaskan webOS Bakal Diperkenalkan

4 Komen

  1. faeez faster pada 28 Jun 2011

    yeah! da download… :)

    • faeez faster pada 28 Jun 2011

      fuh~ siap ade button turbo plak tu..da macam kereta plak opera ni..huhu

  2. matjoe pada 28 Jun 2011

    baru nak cuba, in progress to instal….

  3. mohadila pada 28 Jun 2011

    laju gak opera nie…terdapat banyak add ons n widget….menarik…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader